26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor berwajah baharu

Kamaruddin (kiri) bersama Yazid semasa meninjau pintu yang telah siap dipasang.

KENINGAU:Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor kini berwajah baharu apabila pintu-pintunya diganti dengan “sliding door” kaca.

Setiausaha Jawatankuasa Masjid itu Kamaruddin Said berkata, lima pintu jenis kayu bangunan Masjid tersebut semuanya diganti dengan sliding door kaca.

Katanya, kesemua pintu kaca itu disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

“Bangunan masjid yang sudah dilengkapi dengan penghawa dingin kini bertambah selesa apabila kesemua pintunya diganti dengan sliding door kaca” katanya kepada wakil  Borneo Daily Bulletin di sini selepas meninjau pemasangan pintu baharu itu.

Turut sama Ketua Biro Agama DUN N40 Bingkor yang juga Pengerusi Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor Haji Yazid Mohd Hasnan Tawik @ Charles.

“Mewakili masyarakat Islam di kawasan ini, saya merakam ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Robert yang bermurah hati menyumbang sliding door itu” kata Kamaruddin.

Gambar:

Kamaruddin (kiri) bersama Yazid semasa meninjau pintu yang telah siap dipasang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN