ADVERTISEMENTspot_img

MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG PERKAYA DAPAT PERHATIAN PERSATUAN FOOCHOW

Wong Siang Wei menyampaikan sumbangan kepada Matjuni (kiri ) mewakili keluarga mangsa.

KENINGAU: Mangsa kebakaran sebuah rumah kedai di Jalan Patikang, Kampung Perkaya, di sini baru-baru ini mendapat perhatian
Naib Pengerusi Persatuan Foochow Penampang Wong Siang Wei.

Ketua keluarga mangsa kebakaran terdiri daripada Brandon Lee, Lee Hin Vui dan Matjuni Martin masing-masing sumbang kewangan daripada Persatuan itu.

Sumbangan kewangan itu disampaikan Wong Siang Wei yang juga Ahli MCA Penampang bersama seorang usahawan Jackiuson Kilan yang juga Ahli PBRS.

Ketiga-tiga ketua keluarga mangsa kebakaran itu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Persatuan Foochow Penampang atas keprihatinan membantu mereka selepas tragedi kebakaran yang menimpa keluarga masing-masing.

Mereka juga secara khusus menzahirkan penghargaan kepada Wong Siang Wei dan Jackiuson Kilan, yang meluangkan masa menziarahi mangsa dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung.

Menurut mereka, kehadiran kedua-dua pemimpin itu amat bermakna kerana bukan sahaja menghulurkan bantuan kewangan, malah memberikan semangat dan harapan kepada keluarga yang terjejas untuk terus tabah menghadapi dugaan.

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan. Bantuan yang diberikan amat kami hargai dan menjadi suntikan semangat kepada kami untuk meneruskan kehidupan selepas tragedi ini,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Mereka turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wong Siang Wei dan Jackiuson Kilan atas keikhlasan serta keprihatinan yang dizahirkan kepada mangsa kebakaran.

Ketiga-tiga keluarga itu turut mendoakan agar segala jasa baik dan kemurahan hati mereka dibalas dengan limpahan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan pada masa hadapan.-MA

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN