Marhamah menyaksikan majlis penyerahan cek cura Bantuan Pesakit daripada Mohd Nizam kepada Dr Adnan.
LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Hospital Labuan bagi membiayai kos perubatan warga Labuan yang memerlukan rawatan.
Selain itu MAIWP juga menyerahkan bantuan tunai kepada 180 pesakit yang sedang menerima rawatan di wad hospital Labuan berjumlah RM27. 000.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli pada majlis penyerahan sumbangan pesakit dan Hospital Labuan di Bilik Mesyuarat Hospital Labuan, pada Isnin.
Hadir sama, Pengarah Hospital Labuan, Dr. Adnan Musa Balidran, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Labuan, Kepten Bersekutu (Pertahanan Awam), Ismail Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hanifuddin Roslan dan Pengurus MAIWP Labuan, Mohd Rafie Zakaria.
Terdahulu ketika berucap, Marhamah berkata bantuan itu mencerminkan tanggung jawab pembayar zakat dan tanda keprihatinan MAIWP untuk terus membantu masyarakat Labuan.



