Gambar atas: Persembahan Koir Kaamatan diketuai Datuk Abidin
RANAU: Majlis kemuncak program sambutan Perayaan Kaamatan Peringkat Kampung Kebuh Baru yang telah berlangsung di Dewan Komuniti kampung tersebut baru-baru ini disambut dengan penuh meriah bukan sahaja di kalangan penduduk malah semua pengunjung yang hadir termasuk pemimpin politik kerajaan.
Acara-acara yang paling menarik perhatian ialah pencarian pemenang nama bertuah Mr & Mrs Kaamatan di mana hadiah adalah dalam bentuk barangan kosmetik bernilai RM1000 disumbangkan oleh Hainah Sillah, pencarian nama bertuah bagi pemenang āHadiah Terhebatā iaitu sebuah mesin basuh yang disumbangkan oleh Pengurus Perabot Liang Ranau, Ah Chin, nama-nama bertuah lain yang menawarkan berbagai hadiah menarik seperti beras, barangan dapur, barangan elektrik dan berbagai lagi.
Penobatan Mr. Kaamatan dimenangi oleh Juis Konsuling, Setiausaha Bahagian STAR Paginatan menakala Mrs. Kaamatan diberikan kepada Maliah Yambak masing-masing membawa pulang barangan kosmetik bernilai RM400 dan RM600 yang telah disampaikan sendiri oleh penyumbang hadiah, Hainah Silah. Penilaian misteri oleh penyumbang hadiah adalah melalui pemakaian tradisi peserta yang ditampilkan semasa tarian sumazau.
Pemenang cabutan nama bertuah mesin basuh bernilai RM700 dimenangi oleh adik Edner Joy Romeo, cucu kepada Ketua Kampung Kebuh Baru, Sompit Botinggo. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi JPKK Kampung Kebuh Baru, Nurjana Abas.

Datuk Abidin turut merasmikan Mini Dewan Kampung Kebuh Baru
Pengumuman pemenang berkumpulan Monutuh Parai, Mangatap dan Monirih kategori perempuan dimenangi oleh kumpulan warga-warga tua yang menggelarkan kumpulan mereka āRumandawiā mengatasi 2 kumpulan lain āHuminodunā dan āKinomulokā. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri, Lajim Abd Momen.
Pada malam itu, kanak-kanak turut diberi peluang menyertai pertandingan āRatu Fesyenā. Seramai lapan peserta mengambil bahagian. Johan dinobatkan kepada adik Mary Evi Devyn, Naib Johan, adik Dea Safeeya Halikin dan Tempat Ketiga adik Farisha. Para pengadil yang mengadili pertandingan ini ialah Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen, Rostinah Yomou, Dora Ladat dan Hainah Silah. Hadiah disampaikan oleh Hainah Silah.
Majlis pada malam itu turut diserikan oleh persembahan mantan Juara Sugandoi Dazanak Peringkat Negeri Sabah 2019, Roddy Ezly Roger, Juara Sugandoi Mukim Nalapak 2022, Jirah Lawrence dan Bintang Paling Popular Sugandoi Mukim Nalapak 2022, Jelement Yosuf.
Persembahan-persembahan nyanyian di kalangan pemimpin kerajaan dan penduduk serta acara tari-menari secara terbuka menghangatkan lagi suasana pada malam kemuncak program itu.
Terdahulu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN N38 Paginatan, YB Datuk Abidin Madingkir ketika merasmikan program itu merakamkan ucapan penghargaan kepada semua penduduk Kampung Kebuh Baru kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut yang disifatkannya sangat berjaya.
āSyabas dan tahniah. Kejayaan sesuatu majlis bukan hanya terletak di bahu Pengerusi Penganjur tetapi semua penduduk memainkan peranan penting terutama sekali AJK Pelaksana,ā katanya.
Datuk Abidin berkata kaamatan pada masa kini bukan lagi setakat meraikan kepulangan padi tetapi lebih merupakan landasan keharmonian dan perpaduan kaum.
āKepelbagaian acara yang telah disusun daripada awal hingga ke malam kemuncak program mencerminkan semangat perpaduan yang baik. Majlis pada malam ini memberi peluang semua yang hadir beramah mesra bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim. Walaupun hari ini kita bukan lagi berada di bulan Mei, sambutan sebenar kaamatan namun kita masih berpeluang bertemu di majlis ini yang saya sifatkan sebagai majlis penutupan kaamatan di kawasan DUN Paginatan. Jika ada pertemuan, kita kembali kepada majlis pemimpin bersama rakyat,ā katanya.
Pengerusi Penganjur, Nurjana Abas dalam ucapannya merakamkan penghargaan dan terimakasih kepada Datuk Abidin Madingkir, Hussen Jirat (Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri), Kong Soon Choi (Ketua Wiramuda STAR Sabah), Lajim Abd Momen (Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri), Permus Gahun (Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen), Rostinah Yomou (Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen), Juis Konsuling (Setiausaha Bahagian STAR Paginatan), Japili Sigal (CDO Paginatan), Dualis Porodtong (KAN Paginatan), Yasiri Bijin (Pemaju Mukim Paus/Paginatan) dan Helary Salmon (Pemaju Mukim Nalapak) atas kehadiran.
āTerimakasih kepada semua penyumbang dana, material dan idea seperti YB Datuk Jonathan Yassin, Datin Florence Malangkig, Hisyamudin Harun (PPM Paginatan), Kong Soon Choi (Ketua Wiramuda STAR Sabah), Ah Chin (Pengurus Perabot Liang), Pengurus Estet Grezing, Pengurus Choon Wah Plantation, Muhasip Hj. Ruman (Ketua Daerah) dan ramai lagi termasuk penduduk Kampung Kebuh Baru,ā katanya.