29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Majlis berbuka puasa landasan pupuk perpaduan

Jonathan (dua kiri), Datuk Amisah (dua Kanan) dan Hussen (kanan) bersama yang lain sebelum menikmati juadah berbuka puasa.

Oleh: SALWAH ARAMAT

MAJLIS berbuka puasa bersama pemimpin merupakan rutin setiap kali menjelang bulan Ramadhan sebagai antara landasan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya di daerah Ranau.

Demikian majlis yang diadakan di dua kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N37 Karanaan, iaitu di Kg.Sumalang dan Kg.Karanaan di sini, baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung dalam suasana muhibbah dengan patuh SOP bagi mengekang jangkitan serta penularan Covid 19, telah diadakan di balairaya kampung tersebut pada tarikh berlainan iaitu 7 dan 8 Mei 2021.

Sempena majlis itu, seramai 23 orang dari lima golongan sasar, Kg.Sumalang telah menerima sumbangan ‘Duit Raya’ daripada Pusat Khidmat Rakyat Pejabat Parlimen Ranau, iaitu warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal, fakir miskin dan pesakit terlantar.

Duit Raya..sebahagian penduduk kampung yang menerima Duit Raya disampaikan wakil Pusat Khidmat Parlimen Ranau

Selain majlis berbuka puasa, turut diadakan ialah aktiviti pendakian Puncak Alam Sumalang (Sumalang Hill) yang disertai Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia, Jonathan Yasin.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau, dalam ucapannya memuji inisiatif Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) Kg. Sumalang Ranau, diterajui Mohd. Ashroof Salaman kerana telah mewujudkan laluan untuk aktiviti mendaki bukit Sumalang, sambil menyifatkan lokasi tersebut bakal menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara satu masa nanti.

TERUJA……Para belia Kg. Sumalang merakam gambar bersama Jonathan selepas menawan Puncak Alam Sumalang yang diadakansebelum majlis berbuka puasa di Sumalang.

Dalam masa yang sama, Jonathan turut memuji serta menghargai nilai-nilai muafakat penduduk Kg.Sumalang, menjayakan majlis berbuka puasa walaupun ianya diadakan secara sederhana.

Sebagai hadiah kepada penduduk Kg.Sumalang, Jonathan telah melulusan peruntukan RM200 ribu untuk kos membina sebuah Dewan Mini Kg.Sumalang yang baharu bagi menggantikan Balai raya sedia ada yang semakin usang.

Jonathan semasa berucap pada majlis berbuka puasa di Kg. Karanaan.

Sementara di Kg. Karanaan, seramai 59 golongan sasar di kampung itu telah menerima sumbangan yang sama (Duit Raya) dan peruntukan berjumlah RM5 ribu untuk Sekolah Kebangsaan (SK) SK. Karanaan, melalui Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Fouriz Bin Haji Rohimin untuk kegunaan perjalanan aktiviti PIBG di sekolah itu bagi sesi 2021–2022.

Jonathan ketika berucap di Kg.Karanaan, menasihatkan penduduk yang hadir agar tidak berasa bimbang mengenai suntikan Vaksin Covid-19 dan tidak terlalu percaya atau mudah terpengaruh dengan desas-desus yang mengatakan vaksin tersebut memudaratkan.

Selain itu, beliau memberitahu bahawa Pusat Khidmat Rakyat Pejabat Parlimen Ranau (PKRPPR) telah bekerjasama dangan Hospital Daerah Ranau menjayakan program kebajikan khusus kepada rakyat Ranau yang menerima rawatan di dalam wad hospital.

Jonathan semasa berucap pada majlis berbuka puasa di Kg. Karanaan.

Jelasnya, inisiatif pembiayaan itu merupakan sebahagian kemudahan rakyat di daerah ini dalam membantu meringankan beban yang ditanggung terutama kos rawatan dalam wad hospital.

“Kos pembiayaan rawatan menerusi dana kebajikan yang saya ilhamkan ini akan berterusan selagi saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Ranau yang kini dibawah naungan kerajaan Perikatan Nasional (PN)”, katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, yang juga Timbalan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah, merangkap Ketua Srikandi Bahagian Ranau, Datuk Amisah Yassin, Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN Karanaan, Mahat Mirin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK), Ramli Bin Lajim serta rombongan Pejabat Parlimen bersama para penduduk yang hadir.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN