32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP siapsiaga sekiranya Moratorium berakhir Disember ini

SIMBOLIK…… Mohd Daud (tiga dari kanan) menyerahkan replika kunci rumah bantuan MAIWP kepada Saidi bersama tiga anaknya  sambil diperhatikan Ahmad Tarmizi (dua kiri) dan Md Fadzli (kiri sekali)

LABUAN: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telahpun bersiap sedia untuk menghulurkan bantuan  sekiranya kerajaan memutuskan untuk menamatkan moratorium Disember ini.

Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daut Bakar berkata MAIWP telahpun bersiap sedia untuk membantu   mereka yang terjejas  sekiranya kerajaan menarik balik moraturium dan skim   bantuan kerajaan yang disediakan sebelum ini.

Beliau berkata golongan B40 dan juga golongan M40 adalah antara yang akan diberi tumpuan untuk dibantu melalui pelbagai skim bantuan yang disediakan   oleh MAIWP sekiranya mereka di buang kerja atau pengurangan gaji dan  seterusnya  tidak mampu lagi untuk membayar sewa ansuran atau sebagainya.

Jelasnya, MAIWP telahpun merangka persiapan merangkumui rezab bantuan dengan jangkaan tempoh enam bulan hingga setahun.

“Bila mana Akta COVID 19 ditamatkan pada hujung tahun ini maka moratorium besar kemungkinan tidak akan disambung…. jadi MAIWP telahpun bersiap sedia dengan menyediakan rezab yang lebih besar bagi membantu golongan yang terjejas akibat penamatan moratorium berkenaan” katanya.

TERHARU…. Mardiah sebak selepas menerima mesin oksigen dan bantuan lain yang disampaikan oleh Mohd Daud (duduk kanan)

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis penyerahan bantuan  rumah kepada sebuah    keluarga asnaf di Kampung Sungai Keling pada Sabtu.

Pada majlis itu beliau telah menyerahkan sebuah rumah bantuan MAIWP bernilai RM70,000 kepada bekas pesara kerajaan Saidi Salim, 57,  yang sebelum ini menumpang sebuah bilik kecil  rumah milik adiknya bersama tiga anaknya.

Tan Sri Mohd Daud yang dalam rangka dua hari lawatan kerja  ke Labuan  juga  berkesempatan menyerahkan bantuan perubatan dan keperluan diri termasuk sebuah mesin oksigen yang keseluruhannya  bernilai hampir RM9,000 kepada  ibu tunggal, Mardiah Talip, di kediamannya di Kampung Lajau.

Mardiah 57,  menghadapi masalah  kencing manis dan kerosakan buah pinggang tahap 4 terpaksa bergantung dengan mesin oksigen untuk meneruskan kehidupan.

Beliau yang juga merupakan seorang balu menanggung  dua orang anak yang masih bersekolah.

Sementara itu  Tan Sri Mohd Daud berkata,   MAIWP akan menghulurkan bantuan secara berterusan bukan sahaja bagi membantu golongan asnaf yang tidak mempunyai rumah atau bantuan perubatan tetapi dari segi bantuan yang lain sehinggalah mereka dapat keluar daripada permasalahan kemiskinan.

Hadir sama pada majlis itu,  Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif  Pengurusan MAIWP, Mahadi Sukarno, Pengurus Bahagian Baitulmal MAIWP,  Ustaz Ahmad Tarmizi Yahya, dan Pengurus MAIWP Labuan Ustaz Md Fadzli Md Saad.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN