25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP salur bantuan lampin pakai buang dan susu formula bayi bernilai RM20,000.00

Gambar: SIMBOLIK….Md Fadzli menyerahkan bantuan lampin dan susu formula bernilai RM20,000.00 kepada Suraini sambil diperhatikan Ansharey (tengah) dan wakil Kawasan Rukun Tetangga.

LABUAN : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan  telah menghulurkan bantuan lampin pakai buang dan susu formula untuk keperluan bayi dan anak kecil  yang ibu bapa mereka  terkesan dengan  pendemik COVID 19.

Bantuan tersebut diserahkan  oleh Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzli Md Saad kepada  Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional  Labuan, Suraini Yussop selaku wakil Pengurusan Kawasan Rukun Tetangga Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis penyerahan yang disaksikan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ansharey Matarsad itu telah diadakan di Pusat Penyimpanan Makanan Bencana, Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Labuan, pada Jumaat.

Menurut Ustaz Md Fadzli bantuan bernilai RM20,000,00 itu melibatkan  334 pek lampin pakai buang pelbagai saiz dan  dan 463 bungkus susu formula bayi pelbagai jenama.

Beliau  berkata,     bantuan  tersebut ditempatkan di stor penyimpanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku jabatan yang mengetuai Jawatankuasa Kebajikan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Wilayah Persekutuan Labuan.

“Agihan bantuan tersebut akan   dikendalikan oleh Kawasan Rukun Tetangga dan  diselaras oleh JKM berdasarkan permohonan yang diterima oleh jabatan itu.

“MAIWP berharap  bantuan yang disalurkan itu  sedikit sebanyak dapat menampung permintaan daripada golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN