31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

MAIWP  bina 12 buah rumah asnaf di Labuan  babitkan peruntukan lebih RM800,000

SERAH…. Marzuk secara simbolik menyerahkan replika kunci rumah kepada  Ghani Said di kampung Ganggarak  sambil diperhatikan Ustaz Md. Fadzli (kanan sekali)

LABUAN: Sejak 2018 sehingga tahun ini,  Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berjaya membina sebanyak 12 buah rumah untuk golongan asnaf  membabitkan peruntukan sebanyak RM810,000.00

Demikian diberitahu oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary kepada media selepas Majlis Penyerahan  Bantuan Bina Rumah MAIWP bernilai RM70,000  di Kampung Ganggarak dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama pada majlis itu, Pengurus MAIWP Labuan, Ustaz Md Fadzli Md Saad.

Marzuk berkata dalam tempoh yang sama sebanyak 24 buah rumah telah berjaya dibaik pulih melalui skim bantuan baik pulih  rumah asnaf melibatkan peruntukan berjumlah RM779, 915.

“ Kerajaan melalui MAIWP akan terus membantu dan menyalurkan bantuan  wang zakat dengan sebaik mungkin untuk membantu golongan yang memerlukan.

“ Ini adalah komitmen MAIWP untuk memastikan golongan asnaf di Labuan ini dibantu sebaiknya,” katanya

Sebelum itu,  Marzuk yang diiringi Ustaz Md Fadzli telah  menyantuni  dua lagi keluarga asnaf masing masing di kampung Sungai Bedaun dan Kampung Tanjung Aru untuk menyampaikan bantuan peralatan kesihatan dan bantuan kewangan bulanan  sempena Program Ziarah Syawal MAIWP.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN