Ratu Unduk Ngadau Lorain (duduk) bersama Abygel (dua dari kiri) dan Gillian ( tiga dari kanan).
LABUAN: Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS Internship SLB, Lorain Ephrin Chan dari Kota Kinabalu Sabah dinobat ratu Unduk Ngadau Kaamatan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2025.
LorainĀ yang bercita cita menjadi seorang Pegawai Analis Data menerima hadiah wang tunai RM4,000, piala, hadiah iringan serta pakej percutian ke Bali Indonesia.
Lorain 23 tahun turut menerima dua Anugerah Tati Tosuau dan Tati Miss Popular (Media Sosial).
Selain itu beliau akan mewakili Labuan ke Pertandingan Unduk Ngadau Kebangsaan yang akan diadakan di Kota Kinabalu Sabah hujung bulan ini sempena Pesta Kaamatan.
Naib johan disandang oleh Abygel Adylide Jonis gadis berasal dari daerah Tambunan.
Abygel, 20,Ā Ā menerima hadiah wang tunai RM2,500, piala dan hadiah sampingan berupa baju tradisi bernilai RM450.
Sementara itu gadis yang berasal dari KeningauĀ Sabah, Gillian Gabriel mendapat tempat ketiga membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, piala dan hadiah sampingan berupa baju tradisi bernilai RM450.
Gillian yang juga seorang guruĀ turut menerima Anugerah Basaan Tinandai Togingo.
Tempat ke empat dan kelina masing masing dimenangi oleh Vilarie Olga Ulin danĀ Jean Christzabeth Yusevendar menerima hadiah wang tunai bernilai RM800 dan RM700.
Sementara itu Carmen Ngio Kah Min dianugerahkanĀ Miss Photogenik dan Tati Kaanangan.
Manakala seorang lagi peserta Magdelina Zamiri dianugerahkanĀ Tati Topioda.
Seramai 10 peserta finalis bersaing pada pertandingan itu yang dianjurkan oleh KDCA Labuan.
Ā
Ā
Ā
Ā
Ā
Ā



