26 C
Kota Kinabalu
Ahad, November 10, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lohan Ulu antara empat lokaliti PKPD ditamatkan esok (23 September)

KOTA KINABALU: Empat lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri ini ditamatkan berkuatkuasa esok (23 Sept).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa, PKPD akan ditamatkan di lokaliti-lokaliti berikut:-
 
1. Kampung Lohan Ulu, Ranau
2. Kampung Pengalat Kecil, Papar
3. Kampung Ulu, Putatan
4. Kampung Pasir Putih, Putatan.

Menurut Masidi yang juga jurucakap perkembangan Covid-19 negeri Sabah, penamatan PKPD di lokaliti-lokaliti tersebut adalah seperti yang telah dijadualkan.

“Sementata itu satu lokaliti di daerah Tambunan iaitu Kg.Rompon, akan dilaksanakan PKPD bermula 24 September hingga 7 Oktober,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN