ADVERTISEMENTspot_img

LISC 2026 lepasi sasaran 35,000 pengunjung

Datuk Lo Su Fui ketika berucap pada majlis penutupan LISC 2026.

LABUAN: Usaha Perbadanan Labuan untuk menyasarkan 35,000 pengunjung sepanjang penganjuran Labuan International Sea Challenge (LISC) 2026 mencapai matlamatnya apabila program tersebut melabuhkan tirainya pada petang Ahad dengan mencatatkan lebih 50,000 pengunjung.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui berkata kejayaan itu membuktikan LISC bukan sekadar acara sukan laut tahunan, sebaliknya acara yang dianjurkan setiap tahun itu membawa konotasi yang lebih mendalam, manifestasi
kerjasama semangat kesukanan, serta menjadi platform dalam menonjolkan
keunikan serta identiti Wilayah Persekutuan Labuan sebagai
“Mutiara Laut China Selatan”.

” Kehadiran peserta antarabangsa dari 11 buah negara juga membuktikan Labuan kekal relevan sebagai Destinasi Pelancongan Sukan yang kompetitif.

“Kerajaan MADANI sentiasa komited menyokong inisiatif yang mampu merancakkan ekonomi setempat dan menaikkan imej Malaysia, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan LISC 2026 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, pada Ahad.

Tambahnya, Jumlah penyertaan keseluruhan LISC pada tahun ini juga meningkat daripada 2,433 tahun lalu kepada 5,082 peserta iaitu peningkatan 108.88%,

Jumlah negara yang menyertai acara juga mencatatkan pertambahan daripada
tujuh negara pada tahun lalu kepada
11 negara.

Pada majlis itu, Lo turut mengumumkan penganjuran LISC tahun depan (2027) akan diadakan pada pada 27 April hingga 2 Mei 2027.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN