LIMUS
SELEPAS dua Adun Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO ) Datuk Limus Jury (Kuala Penyu) dan Datuk James Ratib (Sugut) mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan dalam parti yang kini menjadi Adun Bebas menyokong Kerajaan Pakatan Nasional (PN),persoalan yang berlegar di kalangan rakyat khususnya penyokong mereka di kawasan masing masing kemana mereka mengarahkan perjalanan politik selepas ini.
Walaupun kedua-dua pemimpin ini semasa sidang media pengumuman mereka meninggalkan (UPKO) baru baru ini tidak menyatakan parti mana yang akan mereka sertai selepas ini hanya ingin menjadi Adun Bebas menyokong kerajaan (PN)
namun kenyataan mereka cenderung untuk memilih parti yang boleh membawa kebaikan kepada rakyat sudah dapat di congak parti mana bakal mereka sertai nanti .
Diperingkat Kerajaan Pusat yang kini diterajui oleh kerajaan Pakatan Nasional dimana parti UMNO Bersatu dan Pas merupakan terajui utama kepada penubuhan kerajaan PN yang sudah tentu akan menjadi pilihan kepada kedua dua Adun ini untuk meneruskan kerjaya politik mereka.
Pemerhati politik meramalkan Limus berkemungkinan besar akan menyertai UMNO kerana beliau mempunyai hubungan rapat di kalangan pemimpin tertinggi parti UMNO yang sebilangannya ketika ini menjadi anggota kabinet kerajaan PN selain Bersatu yang mana sebilangan pemimpinnya juga sebelum ini merupakan serpihan dari UMNO.
Menurut seorang penganalisis politik hanya dua Parti UMNO dan Bersatu yang berkemungkinan menjadi pilihan Limus namun sebahagian pemerhati politik mereka berpandangan Limus lebih cenderung menyertai UMNO dimana selain faktor beliau mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin UMNO separuh daripada penyokong beliau di DUN Kuala Penyu merupakan ahli-ahli UMNO.
Bagi sebilangan ahli ahli UMNO di Parlimen Beaufort khususnya di DUN Kuala Penyu sebilangan mereka memberikan maklum balas yang positif jika Limus menyertai antara satu parti ini malah ada yang sudah mencongak awal memberikan ruang kepada Limus untuk bertanding bagi kawasan Parlimen Beaufort untuk memberikan ruang kepada UMNO bertanding kerusi DUN Kuala Penyu yang turut diidamkan oleh UMNO sebelum ini dan secara kebetulan menjoriti pengundi di kawasan ini adalah dari kalangan bumiputera Islam.
Apapun perkiraannya Limus sudah pesti mempunyai pertimbangan sendiri untuk memilih parti mana yang akan menjadi wadah perjuangan politiknya selari dengan hasrat beliau untuk menyertai parti yang boleh membawa pembangunan demi kesejahteraan rakyat yang di wakilinya apalagi kawasan Parlimen Beaufort masih mengharapkan pembangunan.
Bagi James Ratib yang pernah menyandang jawatan Ketua UMNO bahagian Beluran berkemungkinan besar akan kembali bersama UMNO untuk meneruskan agenda perjuanganya dan ini telah beliau nyatakan bahawa kebanyakan ahli ahli UMNO di bahagian Beluran berharap beliau akan kembali bersama UMNO.
Disebalik pengumuman Limus meninggalkan UPKO dan meletakan semua jawatan dalam parti sebenarnya dapat mengurangkan tekanan fikiran Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Madius Tangau untuk memilih calon yang akan mewakili UPKO bagi bertanding di DUN N.26 Kuala Penyu pada PRU ke 15 akan datang.
Walau pun sebelum ini sudah wujud perancangan teliti untuk menggantikan Limus sebagai calon di kawasan itu pada PRU akan datang yang mana gerakan ini sejak awal sudah dihidu oleh Limus dengan perlantikan Timbalan Ketua Bahagian UPKO Nelson Anggang sebagai Setiausaha Agung UPKO sudah tentu mempunyai agendanya tersendiri .
Ketika ini peluang terbuka luas kepada Nelson yang diamanahkan oleh Presiden UPKO memangku jawatan Ketua Bahagian untuk menjadi calon PRU akan datang di DUN Kuala Penyu walaupun terpaksa berhadapan saat getir untuk menghidupkan semula UPKO Bahagian Beaufort yang kini dalam keadaan nazak , bagaimana pun ahli UPKO menyedarkan harapan tinggi agar pemimpin muda ini dapat menghidupkan semua UPKO di bahagian itu untuk meneruskan perjuangan parti
Bagi parti Warisan yang menjadi tunjang pemerintah kerajaan negeri ketika ini mereka juga berpeluang meletakkan calon untuk kerusi DUN N 26 Kuala Penyu jika mereka kurang berkeyakinan kepada calon dari UPKO untuk mencabar parti lawan yang sudah tentu Limus sendiri tidak akan melepaskan peluang untuk menguji kekuatannya bertanding atas tiket parti lain pada PRU ke 15 akan datang. Sama-sama kita tunggu.