26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LGC taja dua pemain golf  remaja   sertai  SRIXON Malaysian Junior Development Tour

menerima tajaan RM500 daripada Peter (kiri sekali) bersama William (dua kanan) dan Mohd Azahar.

LABUAN: Kelab Golf Labuan (LGC) menaja dua pemain golf remaja untuk menyertai SRIXON Malaysian Junior Development Tour  yang diadakan di Kelab Golf Miri Sarawak selama tiga hari  bermula 13 hingga 15 Jun.

Dua pemain remaja yang mendapat tajaan itu ialah Alvern Shayne Hector Stephen, 16 tahun dan Amirul Hishamudin Roslan, 14 tahun.

Kedua dua mereka menerima  tajaan wang bernilai RM500 seorang yang disampaikan oleh Presiden LGC, Peter Pikul dalam satu majlis ringkas sebelum kedua-duanya berlepas ke Miri Sarawak sehari sebelum cabaran bermula.

Hadir sama pada majlis ringkas itu, Timbalan Presiden LGC, William Chung dan Bendahari LGC,  Mohd Azahar. 

Sebelum ini Amirul yang juga pelajar di SM St. Anthony Labuan pernah menyertai beberapa kejohanan golf remaja antaranya  Terbuka Junior  Sabah Golf Country Club,  Jelajah Remaja Muhibah Golf di Kudat Golf Club (KGC) dan sukan golf Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia 2022.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN