Gambar hiasan
RANAU: Seorang lelaki pendatang tanpa izin berumur 46 tahun ditahan reman selama empat hari selepas disyakki memukul teman wanitanya selepas satu pertengkaran dekat sini baru-baru ini.
Ekoran dari kejadian, mangsa warga Filipina (pemegang passport) berumur 50 tahun itu mengalami kesakitan di siku tangan sebelah kanan sebelum datang ke balai polis berhampiran untuk buat laporan kerana risau dengan keselamatan dirinya dan untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendatangkan kecederaan secara sengaja dan ugutan jenayah.
Seksyen 323 memperuntukkan penjara sehingga setahun/denda RM2,000, manakala Seksyen 506 (ugutan) membawa hukuman sehingga 7 tahun penjara atau denda, terutamanya jika ugutan melibatkan nyawa atau harta.
Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Immigresen 1959/63 yang menetapkan bahawa seseorang (bukan warganegara) tidak dibenarkan masuk atau tinggal di Malaysia tanpa pas, permit, atau dokumen perjalanan yang sah.
Pelanggaran seksyen ini ditafsirkan sebagai kesalahan jenayah, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3), termasuk denda sehingga RM10,000, penjara sehingga 5 tahun, atau kedua-duanya, serta sebatan.
Keterangan kes menerangkan bahawa pada Jumaat lepas, jam lebih kurang 10.34 pagi, pengadu telah membuat laporan polis menyatakan telah di pukul oleh teman lelakinya berbangsa Suluk.
Hasil siasatan awal mendapati, pada satu hari sebelumnya, pengadu telah bertengkar dengan suspek sebelum pergi kerja pada jam 4 petang.
Apabila balik dari kerja pada jam 11.30 malam sampai di tangga naik ke bilik sewa, pengadu telah terserempak dengan suspek.
Suspek cuba tumbuk kepala pengadu namun ditepis oleh pengadu, suspek kemudian menarik tangan kiri pengadu lalu menghempas pengadu di atas lantai simen tangga. Suspek juga cuba menendang pengadu tapi pengadu sempat menahan kaki sauspek lalu pengadu bangun dan melarikan diri.
Pengadu dikejar oleh suspek yang kemudian mengugut untuk pecahkan kepala dan membunuh pengadu.
Kejadian berlaku berpunca kerana pengadu mensyakki suspek ada perempuan lain dan suspek marah kerana di tegur.
Siasatan lanjut mendapati, suspek dan pengadu sudah berpasangan selama tiga tahun dan pada kejadian tahun lepas pegadu juga pernah cuba dicederakan menggunakan pisau oleh teman lelakinya itu.
Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ranau telah menangkap saspek di sebuah bilik penginapan di Pekan Ranau di mana saspek kemudiannya di bawa balik ke IPD Ranau untuk tindakan selanjutnya.
Oleh kerana penyiasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam maka permohonan reman di buat bagi tujuan mengambil rakaman percakapan suspek, mengambil gambar dan cap jari dan mengesan saksi bebas.



