30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki pesakit mental ditemui tidak sedarkan diri.

DSP Sammy Newton, Ketua Polis Daerah Ranau

RANAU – Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri di tangga salah sebuah banguan kedai di pekan Ranau pada petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton  berkata, pihaknya telah menerima maklumat orang awam mengenai penemuan lelaki berusia 50-an itu lebih kurang 1.15 petang.

Katanya, sebaik menerima maklumat, anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal di sini telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki dalam keadaan terbaring.

“Susulan itu pihak Hospital Ranau telah dipanggil dan hasil pemeriksaan mengesahkan lelaki tersebut telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa seterusnya dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin.

Menurut DSP Sammy, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mempunyai masalah mental berdasarkan pengecaman yang telah dibuat oleh ahli keluarga mangsa.

Katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Bagaimanapun orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau di talian 088 875222 bagi membantu siasatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN