25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki gelar diri ‘Lan Gila’ mengamuk gara-gara diminta alih kereta

PETALING JAYA – Berang disuruh alihkan kereta yang diletakkan di luar petak parkir, seorang lelaki bertindak menendang dan mengugut untuk mencederakan ahli jawatankuasa pengurusan pangsapuri terbabit dalam kejadian Sabtu lalu.

Rakaman video kejadian itu tular di media sosial sejak semalam dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Hubungi kami untuk perkhidmatan

Video berdurasi 34 minit 22 saat itu menunjukkan seorang lelaki dengan lagak samseng bercakap kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat selepas diminta mengalihkan keretanya yang diletakkan di luar petak parkir pelawat.

Lelaki tersebut yang turut menggelarkan dirinya sebagai Lan Gila dirakam turut memegang sebatang besi dan dilihat beberapa kali mengugut untuk mencederakan sesiapa yang cuba mengunci tayar kenderaannya.

Lelaki terbabit kemudian dirakam melemparkan peralatan mengunci kenderaan di kawasan semak bersebelahan pangsapuri.

Selepas beberapa minit, suspek kemudian menyepak ahli jawatankuasa pengurusan pangsapuri yang merakam kejadian itu sebanyak beberapa kali.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada pengadu berusia 38 tahun Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku di tingkat bawah sebuah pangsapuri di Seksyen 6 Kota Damansara kira-kira jam 11.30 pagi.

“Pemilik kereta berusia 44 tahun itu dikatakan meletakkan kereta tanpa mendapatkan pas pelawat dan menghalang petak parkir penduduk lain.

“Pengadu cuba untuk berbincang tetapi pemilik kereta tersebut yang menggelarkan dirinya Lan Gila bertindak merampas dan membuang besi ke arah Sungai Tambol.

“Suspek kemudian menendang pengadu beberapa kali di bahagian badan sebelah kiri dan mengugut mahu cederakan pengadu dengan besi jika keretanya dikunci,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek telah dituduh di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan hari ini.-Sumber: Sinar Harian

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN