29 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Lelaki dikhuatiri lemas ketika menangkap ikan di Sungai Kagibangan, Bitoon

OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Seorang lelaki tempatan dikhuatiri lemas apabila dilaporkan tidak pulang ke rumah setelah keluar menangkap ikan di Sungai Kagibangan dekat Kampung Bitoon di sini pada Ahad.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam satu kenyatan hari ini berkata, daripada laporan awal diterima pihaknya, mangsa dikenali Junaidi Jaukan, 32 tahun.

Bot turut digunakan ketika operasi SAR.

Mangsa dikatakan keluar berseorangan ke sungai tersebut untuk menangkap ikan namun tidak pulang ke rumah selepas itu, menyebabkan keluarganya bimbang lalu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah Ranau.

“BBP Ranau menerima panggilan kecemasan melalui talian balai kira-kira jam10.15 pagi Isnin mengenai kejadian itu.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan empat anggota bomba dari BBP Ranau diketuai PBKII, Mastin Suli, dikerah  ke lokasi kejadian melalui jarak lebih 50 kilometer menaiki sebuah jentera dan kenderaan utiliti.

“Tiba di lokasi , anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam radius dua kilometer menggunakan kaedah ‘surface searching’ di sepanjang sungai Kagibangan,” menurut kenyataan.

Sebahagian penduduk kampung dan anggota bomba di lokasi kejadian

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, sehingga pukul 5 petang pada Isnin, mangsa belum dijumpai.

“Pada masa sama, operasi SAR terpaksa ditangguhkan disebabkan cuaca semakin gelap dan akan disambung semula pada pagi esok.

“Kali terakhir mangsa dilihat keluar rumah pada pukul 3 petang, 05 Januari, berpakain kemaja t-shirt warna putih dan seluar biru,” katanya.

Tambah Ridwan, operasi SAR turut sertai  anggota polis dari IPD Ranau, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung. Dua buah bot milik penduduk kampung turut digunakan dalam operasi itu.

Operasi SAR
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN