Gambar SIJIL…Ewon menyampaikan Sijil koperasi kepada salah seorang penerima.
LABUAN: Sehingga 2023 Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah merekodkan 15,809 koperasi berdaftar dengan jumlah ahli lebih 7.2 juta orang.
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, modal saham dan yuran sebanyak RM17.4 billion dengan jumlah aset sebanyak RM 165.8 billion dan hasil perolehehan keseluruhan berjumlah RM 64.5 bilion.
Sementara itu katanya, setakat 31 Dismember 2023 Sabah turut mencatatkan sebanyak 1,798 koperasi yang berdaftar dengan keahlian seramai 369,619 orang dengan hasil berjumlah RM677.8 juta.
“Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) telah menubuhkan Universiti Keusahawan Koperasi Malaysia (UKKM) sebagai usaha meningkatkan pengetahuan kemahiran sumber manusia, selain memastikan kemampanan pergerakan koperasi itu sendiri” katanya ketika merasmikan Program Memasyarakatkan Gerakan Koperasi peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di sini, pada Ahad.
Ewon berkata, kementerian komited memberikan lebih banyak peluang Dan perkhidmatan kepada masyarakat setempat dan memastikan tiada yang tercicir dalam pembangunan ekonomi negara terutama selepas era pasca COVID 19.
“Bagi tujuan itu KUSKOP berusaha menyediakan maklumat dan mempromosikan peluang perniagaan, latihan Dan pilihan pembiayaan seperti geran dan pinjaman dana pusingan yang dapat membantu pelan koperasi Dan memulakan perniagaan dengan lebih berkesan”, katanya.
Ewon percaya inisiatif yang disediakan oleh KUSKOP akan menggalakkan koperasi kekal relevan, berdaya saing dan berkembang sekaligus menyokong objektif Dasar Koperasi Malaysia 2030, Dasar Keusahawan Nasional 2030 dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025.
Justeru itu beliau turut menyeru gerakan koperasi di Labuan supaya mengambil peluang pembiayaan insentif yang disediakan oleh KUSKOP.
Pada program itu empat pendataran Sijil koperasi diserahkan menjadi 50 koperasi telah berdaftar di Labuan.
Pada program itu juga beliau melancarkan Jualan Madani Koperasi (JMK) dengan harga barangan keperluan harian ditawarkan sehingga 30 peratus lebih murah.



