Suhaili (tengah) bersama ketua ketua delegasi institusi kewangan yang hadir pada Persidangan Jenayah Kewangan Borneo 2025.
Labuan: Lebih 100 delegasi yang terdiri sektor kewangan, guaman dan penguatkuasa menyertai Persidangan Jenayah Kewangan Borneo (BFCC) 2025 yang diadakan di Hotel Lazenda, dekat spini, pada Khamis.
Persidangan dua hari anjuran Visioon Busines Solution (VBS) Academy itu telah dirasmikan oleh Ahli Perlimen Labuan Datuk Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman.
Hadir sama, Director VBS Academy, Dr. Vijayaraj R. Kanniah, Pengarah SPRM Labuan, Muhammat Azis Malmod, Pengerusi Syarikat Labuan Trust (ALFC), Datuk Chin Chee Kee dan Pengerusi Persatuan Bank Labuan (ALB), Nor Rashidi Muhammad.
Terdahulu, Suhaili ketika berucap pada majlis itu berharap persidangan dua hari itu dapat mewujudkan kesedaran mengenai pematuhan secara lebih meluas dalam memerangi jenayah Kewangan yang bukan sahaja dalam penguatkuasaan tetapi juga dari segi perundangan dan Akta.
“saya yakin persidangan ini adalah langkah terbaik menjalinkan kerjasama antara intitusi, penyiasat dan pendakwa dalam menangani jenayah Kewangan yang semakin kompleks tanpa sempadan” , katanya.



