27 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

LDA Holding  sambut rombongan ahli perniagaan Palawan

DELEGASI ahli perniagaan dari Palawan setibanya di Terminal Feri  Penumpang Antarabangsa Labuan.

LABUAN: LDA Labuan (Holding) Sdn. Bh, menyambut ketibaan   rombongan delgasi Ahli Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (BEBC) dari Palawan Filipina yang  singgah di Labuan sebelum ke negara Brunei Darussalam.

Ketua Pegawai Eksekutif LDA (Holding) Sdn. Bhd, Noor Halim Datuk Zaini berkata ketibaan delegasi  seramai 24 orang itu telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi LDA (Holding), Eddy Herman Rahmat di Terminal Feri Penumpang  Antarabangsa Labuan, pada Jumaat.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Brunei, delgasi yang diketuai  Alex Paglumotan itu sempat mengadakan pertemuan singkat dengan Pengerusi BEBC Labuan, Azhar Othman.

Menurut Noor Halim, walaupun pertemuan itu terlalu singkat, namun masyarakat niaga di pulau bebas cukai ini berharap pertemuan itu  dapat meningkatkan jalinan perniagaan  antara kedua dua pihak ( Labuan-Palawan).

Beliau brkata, sebelum ini pihak BEBC Labuan telah mencadangkan  penubuhan satu koridor ekonomi yang merangkumi wilayah Palawan, Sabah, Labuan dan Brunei Darussalam.

“Langkah itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan jaringan perniagaan dan perdagangan   antara ahli  perniagaan dengan wilayah yang terlibat” katanya.

Hadir sama mengalu-alukan ketibaan delegasi itu ialah  Ketua Klaster Pelancongan Majlis Perniagaan BIMP-EAGA Labuan, Jery Teo serta beberapa ahli BEBC Labuan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN