25 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Lapor individu ada sejarah pejalanan luar negara.

Oleh: ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)  Ranau, mengesa masyarakat di sini supaya tampil memberi maklumat individu yang mempunyai sejarah pejalanan dari mana-mana negara berisiko jangkitan Covid-19.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Laman Rasmi Facebook pejabat itu hari ni berkata, maklumat boleh disalurkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Ranau di talian 088-875361.

“Maklumat juga boleh boleh dihantar menerusi pesanan (direct message) di laman (page) PKD Ranau.

“Sila isi data berikut untuk memudahkan pihak kami menjalankan siasatan berkaitan laporan anda,” kata kenyataan itu.

Menurut PKD Ranau, data yang diperlukan adalah  Nama Pelapor, Negara Yang Dilawat dan Tarikh Kembali Ke Ranau. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN