ROSAK….kereta Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan di jalan Rancha-Rancha mengalami rosak teruk.
LABUAN: Lapan mangsa termasuk dua kanak-kanak warga tempatan terselamat dalam satu kemalangan jalanraya membabitkan empat buah kenderaan yang berlaku di Jalan Rancha-Rancha pada malam Ahad
Bagaimanapun dua daripada mereka yang memandu kenderaan berkenaan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan retak pada tulang lutut.
Kedua dua mangsa berumur 35 dan 41 tahun itu kini sedang menerima rawatan di hospital Labuan.
Manakala enam lagi mangsa termasuk dua kana-kanak tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilaporkan selamat.
KEMALANGAN… beginilah keadaan kemlangan jalan raya yang berlaku di Jalan Rancha-Rancha, pada malam Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Ahmad Jawila berkata kemalangan tersebut berlaku pada jam 7.30 malam.
Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berpunca apabila sebuah kereta Proton Saga yang datang dari Jalan Tun Mustapha menuju ke bulatan Taman Kian Yap terbabas masuk kelaluan arah bertentangan lalu melanggar dua buah kenderaan jenis Proton Viva dan Produa Axia.
“Pada masa yang sama sebuah lagi kenderaan jenis Proton Viva yang dipercayai mengekori di belakang kenderaan berkenaan tidak sempat mengelak” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.