25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 18, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Labuan bawa pulang 11 pingat emas di Kejohanan SJDSC

Haider berdiri depan dua dari kanan) bersama atlet dan pegawai pengiring pada Kejohanan SJDSC Ipoh Perak baru baru ini.

LABUAN: Kontinjen Labuan beraksi cemerlang selepas meraih 12 pingat emas, empat perak dan lima gangsa pada Kejohanan ‘Second Special Junior Development Sport Carnival ( SJDSC) peringkat Kebangsaan yang diadakan di Ipoh Perak baru baru ini.

Pingat emas diperoleh dari acara olahraga, lontar peluru dan bocce., manakala lima pingat perak dikutip melalui acara olahraga dan boccee.

Ketua Kontinjen Heidar Hussein Mohammad Rashid berkata, kejohanan tersebut merupakan pencapaian yang sangat memberangsangkan di peringkat kebangsaan.

Seramai 18 atlet yang terdiri murid berkeperluan Khas dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara , SMK Lajau dan SMK Pantai, menyertai kejohanan itu melibatkan penyertaan acara Olahraga, Bocce dan Badminton.

Para atlet turut diiringi oleh 5 guru selaku pegawai pengiring dan dua orang ibu bapa atlet.

Kejohanan tiga hari itu disertai 13 buah negeri melibatkan seramai 714 atlet Berkeperluan Pendidikan Khas.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN