29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kursus Pengurusan Pertubuhan

Oleh -Johnny Gampawi
Tuan Mahar Zemi Menyampaikan Sijil Kepada Encik Robert

Kota Marudu: 13 September 2019 – Tuan Robert Gampawi, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Alumni SM Kota Marudu, Penerima Sijil Penyertaan Kursus Pengurusan Pertubuhan Dan Pengukuhan Akta Pertubuhan 1966 yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia cawangan Negeri Sabah, bagi pihak Pertubuhan Alumni SMK Kota Marudu.

Penceramah En. Mahar Zemi Bin Jawawi, Ketua Cawangan Penguatkuasa JPPM Negeri Sabah, memberi penekanan bahawa jawatankuasa pertubuhan harus memahami perlambagaan pertubuhan yang mempunyi 23 fasal, bagi mengelak berlaku kesalahan-kesalahan lazim seperti memindah perlembangan dan/atau alamat tanpa pendaftar(seksyen 11), pemegang jawatan yang disenarai hitam(seksyen 49), menggunakan bendera, lambang, lencana atau insignia tanpa kelulusan pendaftar(seksyen 50). Tidak megemukakan penyata tahunan(seksyen 14), pemegeng jawatan/penesihat/pekerja yang tidak layak(seksyen 9A) dan mengemukakan maklumat palsu(54).

“Peranan Setiausaha sangat penting dan harus sedikit celik komputer, bagi membantu kelicinan pendaftaran pertubuhan dan pengemaskinian maklumat aktiviti petubuhan secara online.”

“Kursus kali ini cukup baik, terima kasih atas soalan bertubih-tubih dari tuan-tuan. Ini membuktikan tuan-tuan memberi fokus kepada ceramah yang kami sampaikan.”, katanya.

Dalam ceramh beliau yang kedua, peserta kursus telah diberi taklimat berkaitan dengan Geran Komuniti 2019(G-KOM). Bagi persatuan penduduk yang mengadakan aktiviti komuniti, keselamatan, kebersihan dan program kejiranan dan berdaftar di JPPM, boleh memohon Geran sehingga RM10,000 setahun bagi menampung kos aktiviti persatuan. Matlamat utama penyediaan geran ini adalah Memastikan Keselamatan dan Keamanan Dalam Negara Terjamin dan Kesejahteraan Rakyat Terpelihara.

Beliau mengaluh-aluhkan agar pihak penduduk kampung yang diduduki peserta kursus mengambil langkah bijak untuk menubuh dan mendaftarkan persatuan kampung.- Oleh Johnny Gampawi(Setiausaha Pertubuhan Alumni SMK Kota Marudu)

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN