32 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KUPIKUPIBISNES MENGUMPULKAN USAHAWAN BELIA RANAU

Oleh: Irzackih MJ

RANAU – Gabungan Belia Daerah Ranau (GBR) dengan kerjasama Buku Jalanan Ranau (BJR) telah menganjurkan program KupiKupiBisnes bertajuk “Jatuh 7 Kali, Bangkit 8 Kali” yang diadakan di Kafe Kupi&Such Pekan Ranau pada Sabtu, 22 Mei 2022.

Program bertemakan perkongsian usahawan ini telah berjaya mengumpulkan belia yang membangunkan perniagaan masing-masing dalam satu sesi perkongsian termasuklah tips, nasihat dan kisah jatuh bangun sebagai pengusaha atau ahli perniagaan apalagi sewaktu menghadapi pandemik COVID-19.

Antara panel yang terlibat termasuklah Jubair Juhinin, Pengurus Arnab Village & Magical Garden, Sably Yusin, Pengurus Sably Goat Haven, Kartika Jeffry, Pengurus Kupi&Such dan program telah dikendalikan oleh Tengku Jaya sebagai moderator.

Pengerusi Gabungan Belia Ranau, Syukri Saridih turut menyambut baik kehadiran belia-belia Ranau yang sentiasa memberi kerjasama dalam aktiviti yang dilaksanakan.

“Terima kasih kepada semua rakan belia atas sokongan di dalam aktiviti kali ini. Penganjuran program sebegini adalah penting bagi mengangkat usahawan-usahawan terutama sekali golongan belia dalam membina ekosistem usahawan yang baik dan sihat”

“Gabungan Belia Ranau (GBR) sentiasa berusaha untuk mengangkat agenda pemerkasaan belia daripada pelbagai sudut. Bukan terhenti setakat program keusahawanan, GBR turut menyokong aktiviti belia dari segi sukan, akademik, kesihatan dan banyak lagi. Semoga langkah kecil ini akan mampu menyatukan hati belia-belia di Daerah Ranau ini”.

Pada masa sama, program turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Rusdin Hj. Riman, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Tn. Syahrin Samsir selaku Pegawai Daerah Tuaran, Tn. Rosdi Abd Ghani, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.37 Karanaan dan Tn Sharin Mujin, Pelopor Buku Jalanan Ranau (BJR).

Pada kesempatan itu juga, Datuk Rusdin Hj. Riman telah menyumbangkan dana peruntukan sebanyak RM 1,000 sebagai penghargaan kepada pihak Gabungan Belia Ranau dan Buku Jalanan Ranau atas penganjuran program pemerkasaan belia di Daerah Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN