27.5 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kumaju Sabah Berhad berjaya kutip 61 pain darah

Sebahagian orang ramai yang tampil menderma darah.

RANAU: Hasil usaha, inisiatif dan kesungguhan Jawatankuasa Persatuan Kumaju Sabah Berhad, berjaya mengutip sebanyak 61 pain darah pada program Derma Darah anjuran persatuan itu dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Ranau di Tapak Tamu Bulanan Daerah itu pada Sabtu.

Setiausaha penganjurnya, Wasinin Bin Duari memberitahu, program yang julungkali diadakan itu adalah untuk membantu pihak Hospital Ranau bagi mengisi tabung darah hospital berkenaan  yang sentiasa memerlukan bekalan darah untuk kegunaan para pesakit terutama mereka yang mengidap penyakit Tallesemia, ibu bersalin dan mereka yang kekurangan darah   akibat terlibat kemalangan.

BERSEPADU…. Jawatankuasa penganjur program Derma Darah tersebut.

“Program itu juga adalah  memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya menderma darah demi kesihatan diri sendiri dan membantu orang lain, ‘Setitik darah, boleh menyelamatkan nyawa'”, jelas Wasinin sambil menambah program itu pihak penganjur menetapkan  ‘Menjalankan Aktiviti Derma Darah Secara Berterusan’ sebagai Misinya.

Beliau mewakili Jawatankuasa penganjur, merakam penghargaan dan  terima kasih kepada para penderma darah sehingga berjaya mengutip 61 pain darah melebihi sasaran awal  50 pain.

“Saya juga mewakili Jawatankuasa penganjur berterima kepada semua kakitangan tabung darah hospital Ranau, Majlis Daerah Ranau (MDR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memberi kerjasama penuh dalam menjayakan program tersebut yang bermula  8.00 pagi dan berakhir 2.00 petang.

Hadir sama pada program itu ialah Pengerusi Kumaju Sabah Berhad, Nazarul Khaiwala Bin Wahab.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN