29 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 22, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KUGCC Memasyarakatkan Sukan Golf

Azman merakamkan kenangan pada KUGCC Kaamatan Golf Challenge Trophy

Oleh: Rizalmi Liman

KENINGAU: Keningau Golf And Country Club (KUGCC) melaksanakan Kaamatan KUGCC bagi memasyarakatkan sukan golf kepada orang ramai.

Presiden KUGCC, Datuk Azman Haji Ruslan berkata, sambutan yang diadakan ini bukan sahaja dapat memartabatkan sambutan Kebudayaan terbesar di negeri ini iaitu Kaamatan tetapi juga dapat memasyarakatkan sukan golf kepada orang ramai.

Katanya, pelbagai pengisian diadakan pada sambutan ini antaranya sukan Tradisi, Sugandoi Terbuka, Zandi Tavanus dan makan malam, pertunjukan Big Bike, Unduk Ngadau dan Makan Malam Kaamatan, KUGCC Kaamatan Golf Challenge Trophy, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertunjukan fesyen kanak-kanak.

“Pengisian ini tidak hanya melibatkan ahli kelab tetapi juga kepada orang ramai bagi merapatkan hubungan antara pengiat sukan golf ini yang juga ahli KUGCC dengan orang ramai yang hadir.

“Sambutan ini juga disambut dengan sangat meriah dan memberi impak yang positif dari segi perpaduan, toleransi dan silaturahim walaupun berbeza latar belakang.

“Jadi ini yang kita harapkan iaitu menjadikan suasana di lapangan golf ini sebagai platform untuk orang ramai bermesra, bertemu, menjamu selera dan mengeratkan persahabatan serta kekeluargaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada sambutan Kaamatan Keningau Golf and Country Club (KUGCC) di Keningau pada Ahad.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar perkembangan dan minat terhadap permainan golf akan meningkat kerana tertarik dengan lapangan dan kemudahan permainan golf di KUGCC.

Beliau turut menggalakkan orang ramai khususnya kanak-kanak melibatkan diri dalam bidang sukan golf ini, kerana ianya seperti sukan-sukan lain yang mempunyai kejohanan yang berprestij di peringkat kebangsaan dan antarabangsa selain menjadikannya sebagai hobi.

Sementara itu, pada sambutan yang diadakan selama tiga hari ini, johan bagi pertandingan KUGCC Kaamatan Golf Challenge Trophy dimenangi oleh Jailin @ Nazrie Naimin.

Manakala pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi masing-masing dimenangi oleh Einnawenda Wenceslaus dan Mark Anthony Danggok.

Hadir sama Augustine Nain, Naib Pengerusi KDCA Daerah Keningau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN