29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KRT TG Aru anjur Bola Sepak Kain Sarung Tiga Sebelah Tertutup

SEBAHAGIAN peserta bola sepak berkain sarung bersama tetamu jemputan khas.

LABUAN: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Aru menganjurkan Bola Sepak Kain Sarung Tiga Sebelah Tertutup yang telah diadakan di Padang Bola Sepak Simpang Wahid, disini, pada Ahad.

Menurut Pengerusi KRT Tanjung Aru Kifli Ag. Anak program yang melibatkan penduduk kampung pelbagai lapisan dan peringkat umur itu bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim  dikalangan penduduk kampung disamping menyamarakan semangat kerjasama berpasukan.

Sebanyak 17 pasukan yang melibatkan pelbagai kategori lelaki dewasa, wanita dewasa dan kanak kanak telah dipertandingkan.

Pemenang kategori lelaki dewasa bersama Easter (dua Dari kiri), Kifli (dua Dari kanan),  Harun (kiri sekali) dan Ustaz Zainal.

Selain perlawanan bola Sepak, turut diadakan cabutan tiket bertuah dan tendangan bolasepak penalti berkain sarung khusus untuk tetamu jemputan khas.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional ( JPNIN), Easter Dingkawan.

Hadir sama, Ketua Kampung Tanjung Aru, Haji Harun Damit, Pengerusi Persatuan Pantaran Biskita, Amit Hamdani dan Ketua Imam Masjid Sirajul Islam Tanjung Aru, Ustaz Zainal Abdul Wahab.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN