24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KRT Berungis melakukan kunjungan kehormat kepada ADUN Bingkor

Robert semasa menerima kunjungan hormat KRT Kampung Berungis

KENINGAU:Kawasan Rukun Tetangga Kampung Berungis dan Jawatankuasa Gerai KRT Kampung Berungis melakukan kunjungan kehormat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) Bingkor  Robert Tawik @ Nordin di Pejabatnya kelmarin.

Rombongan tersebut diketuai oleh Pengerusi Rukun Tetangga dan Gerai KRT Kampung Berungis  Lingkis Asok.

Semasa kunjungan tersebut Lingkis memberi taklimat kepada Datuk Robert mengenai aktiviti-aktiviti yang dirancang dan akan dijalankan sepanjang tahun ini 

Beliau juga menyampaikan permohonan memohon sumbangan satu set soler untuk dipasang di Gerai KRT Kampung Berungis.

Robert (lima dari kanan)bersama AJK Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti kawasan Bingkor.

Selepas menerima kunjungan hormat rombongan KRT Kampung Berungis, Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti Bingkor.

Mesyuarat itu telah dihadiri oleh Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Daerah Keningau Awang Shahril Bin Karim bersama Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Bingkor Keningau.

Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan program dan aktiviti-aktiviti pertubuhan tersebut sepanjang tahun ini disamping itu  menyelaras operasi pertubuhan tersebut.

Robert amat mengalu-alukan dengan adanya Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti di kawasan Bingkor.

Beliau juga berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Daerah Keningau yang mewujudkan pertubuhan tersebut di kawasan ini.

Pada masa sama beliau berharap Ahli Jawatankuasa yang telah dibentuk itu dapat memainkan peranan yang penting terhadap komuniti di kawasan Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN