28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KPM ambil alih pengoperasian SMA Labuan bermula tahun depan

GAMBAR: SIMBOLIK… Yusop ketika merasmikan Program Eksekutif Talk PIBKS sambil diperhatikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Perancangan JPWPL, Mohd Nizam  Yasim (kanan sekali) dan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Maimon Matnoh.

LABUAN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan (JPWPL)  akan mengambil alih secara rasmi  pengoperasian Sekolah Menengah  Agama (SMA) yang sebelum ini dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bermula Januari tahun depan.

Demikian diberitahu oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Yusup Mohammad  kepada media selepas  merasmikan Program Eksekutif Talk  PIBKS yang diadakan di salah sebuah hotel dekat sini, pada Sabtu.

Beliau berkata, SMA yang mengunakan bangunan Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI)  Kampung Lubok Temiang  telahpun dipersetujui untuk  diambil alih pengoperasiannya  oleh KPM  menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada Jun lalu.

 “Pada Jun lalu KPM melalui Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telahpun menandatangani persefahaman (MoU) untuk pengambilalihan sekolah itu yang akan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

“Pengoperasian sekolah ini  masih menggunakan premis   sedia  ada yang dikendalikan oleh MAIWP iaitu di Sekolah Rendah Agama Lubok Temiang  dan MAIWP telahpun bersetuju   menyerahkan bangunann itu  untuk dijadikan sebagai SABK” katanya.

Jelas beliau, sehingga kini SMA tersebut mempunyai sekitar 400 pelajar membabitkan tingkatan satu hingga tingkatan lima dengan jumlah tenaga pengajajar dianggarkan seramai 30 orang.

Menurut Yusop, sebahagian besar tanaga pengajar SMA yang sedia ada akan dikekalkan dan ketika ini pihak KPM sedang dalam proses menguruskan pelantikan mereka  sebagai guru  tetap.

Dalam perkembangan yang sama, kerajaan  dalam pembentangan bajet 2022 telapun memgumumkan peruntukan sebanyak RM65 juta bagi membina sebuah sekolah menengah agama  kekal yang terletak di Kampung Sungai Bedaun.

Sekolah tersebut yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) akan mula dibina pada awal tahun depan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN