JAHID (tengah)menerima cenderahati daripada Noma Solution.
KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, menerima kunjungan hormat Noma Solution Sdn Bhd di Bilik Mesyuarat Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) di sini, pada Isnin.
Kunjungan dan seterusnya taklimat tersebut diketuai oleh Pengerusi Noma Solution Sdn Bhd, Lightson Kohiya.
Hadir sama Konsultan mereka, Dr Samuel Mopun dan Pengarah, Veryson Kohiya.
Syarikat yang mempunyai kepakaran dalam perusahaan burung Walit itu turut menyediakan kertas cadangan yang bertujuan memberi pandangan serta cadangan kepada KPLBS bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan.
Pelaksanaan yang dicadang mereka adalah melalui kaedah reka dan bina Rumah Burung Walet (RBW) yang baharu, dan pemulihan RBW milik persendirian.
Turut hadir Setiausaha Tetap KPLB Sabah, Hj Faimin Kamin, SUPA KPLBS, Romeo Sindeh, dan para Pegawai Kanan KPLBS.