31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kong: Pengunjung Pusat Peranginan di Kundasang disarankan menjaga kebersihan

Kong Soon Choi menunjukkan keadaan salah sebuah tong sampah yang telah penuh dikawasan Bata Merah, Pekan Kundasang.

RANAU: Orang ramai yang datang berkunjung ke Pusat Peranginan Tanah Tinggi Kundasang disarankan terus berkerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menjaga kebersihan persekitaran.

Menegaskan perkara itu, Kong Soon Choi yang juga Ketua Wiramuda Star Sabah berkata, amalan menjaga kebersihan dikawasan pelancongan terkenal itu akan mengekalkan keindahan semulajadi kawasan tersebut serta menceriakan suasana.

“Saya melihat ada tong-tong sampah yang kandungannya telah penuh namun masih dimasukkan sisa buangan sampah. Kita kena bagi kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan khasnya Majlis Daerah Ranau untuk mempastikan tahap kebersihan dikawasan pelancongan terus berkekalan”. Tegasnya yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Ranau.

Sementara itu, Kong turut menyarankan agar mana-mana syarikat atau badan korporat serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tampil untuk menyumbangkan beberapa buah tong sampah yang sesuai untuk diletakkan dibeberapa lokasi sekitar kawasan pelancongan Kundasang.

Beliau memberi contoh dilokasi Bata Merah, hanya terdapat sekitar dua buah tong sampah yang saiznya agak kecil dan tidak mampu menampung jumlah sampah yang dibuang oleh pengunjung yang ramai dikawasan tersebut.

“Kawasan ini (Bata Merah) selalu padat dengan pengunjung kerana ditempat tersebut merupakan lokasi sesuai merakam gambar kenangan. Hanya sekitar dua buah tong sampah yang agak kecil saiznya”. Jelasnya ketika melawat sekitar kawasan pelancongan di Kundasang pada Rabu.

Dalam masa sama, Kong juga mengalu-alukan sebarang bentuk aktiviti gotong-royong perdana serta kerja amal dari mana-mana pertubuhan untuk kerja-kerja pembersihan kawasan disekitar Pekan Kundasang.

Tegasnya, pihaknya juga akan sentiasa memberikan kerjasama penuh jika terdapat aktiviti seumpama itu dan beliau sendiri akan turun padang menyertainya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN