25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Klinik Kesihatan Tamparuli, terima bantuan

JAHID Bersama penyumbang dan penyelaras program serta pemimpin tempatan yang hadir mengabadikan gambar kenangan pada majlis tersebut.

TAMPARULI: Klinik Kesihatan Tamparuli menerima sumbangan bantuan makanan Creamos Bun serta dua buah kanopi bagi kegunaan pusat rawatan tersebut kelmarin.

Program penyampaian sumbangan yang diadakan di sekitar klinik, dekat sini menyaksikan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim `turun padang’ untuk menyerahkan sendiri sumbangan itu.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Tamparuli, Dr. George George Mathew, dan Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar.

Sepanjang majlis itu, Jahid diberi taklimat ringkas berkaitan produk Creamos tersebut oleh Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Dexter Lau, yang juga penyumbang makanan berbentuk ban tersebut.

Katanya, sumbangan itu merupakan tanda penghargaan dan sokongan kepada semua barisan hadapan atas kerja keras mereka semasa menghadapi Pandemik Covid-19 ini.

“Menyedari betapa besarnya pengorbanan Frontliners di hospital dan Klinik Kesihatan yang ada, kami sebagai badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta ini turut terpanggil memberikan sumbangan.

Sementara itu, Jahid turut menghargai usaha para penyumbang yang terlibat dan berharap lebih ramai NGO akan tampil bagi membantu barisan hadapan yang bertungkus-lumus menghadapi wabak Covid-19 ini.

Untuk rekod, Projek tersebut diselanggara oleh Better Bets Project diketuai oleh Sylvia Pius Laban dan Sifera Kodoh.

Sebanyak 1200 ban jenama Creamos telah disumbangkan untuk semua barisan hadapan dan pesakit yang berkunjung ke Klinik Kesihatan Tamparuli kelmarin.

Manakala Jahid menyumbangkan dua buah kanopi berukuran 20′ X 20′ bagi kegunaan klinik.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN