ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Labuan hargai jasa, pengorbanan pemimpin UMNO yang pernah berkhimat dalam parti

UMNO Labuan hargai jasa, pengorbanan pemimpin UMNO yang pernah berkhimat dalam parti

Mohd Rafi (empat dari kanan) bersama penerima Anugerah Jasa Mu dikenang Sudin (lima dari kanan), Aini (empat dari kiri), Jamil (dua dari kanan) dan Noor Ernie (dua dari kiri).

LABUAN: UMNO Bahagian Labuan sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin UMNO yang pernah berkhidmat dalam parti dan kekal setia, sekalipun tidak lagi memeggang jawatan dalam parti.

Mengenang pengorbanan mereka yang tetap setia, UMNO Bahagian Labuan menyampaikan Anugerah Jasa Mu Di Kenang kepada empat pemimpin UMNO yang pernah berkhidmat bersetia dalam parti sehinggalah mereka melepaskan jawatan atas faktor umur dan kesihatan.

Mereka yang menerima augerah itu terdiri daripada Mantan Ketua Wanita UMNO Bahagian Datuk Aini Safar, Mantan Setiuasaha UMNO Bahagian, Sudin Samad, Mantan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jamil Md Yasin dan Mantan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Noor Ernie Jamil.

Majlis penyampaian anugerah itu disampaikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan pafa Persidangan UMNO Bahagian Labuan baru baru ini.

Mohd Rafi ketika ditemui berkata anugerah itu sebagai menghargai penat lelah dan pengorbanan mereka dalam membina dan memperjuangkan parti.

Katanya, jasa dan pengorbanan mereka amat besar kerana mereka telah membantu kekuatan parti melalui tenaga, masa, dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi sejak dari peringkat awal.

“Penghargaan kepada mereka ini penting bagi memastikan kesinambungan perjuangan serta semangat perpaduan dalam organisasi terus kekal terpelihara.

“Dalam waktu yang sama memastikan jasa dan pengorbanan silam mereka tidak dilupakan oleh generasi sekarang”, katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN