SM Sains bersama hadiah yang dimenangi.
LABUAN: SM Sains Wilayah Persekutuan Labuan muncul johan Pertandingan Sketsa Kepenggunaan 2026 peringkat Labuan selepas menewaskan empat pasukan lain.
Dengan kemenangan itu, pasukan SM sains menerima hadiah wang tunai RM3000 sekaligus akan mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan di Pulau Pinang pada 17-19 September depan.
Naib johan dimenangi oleh SMK Rancha Rancha untuk menerima hadiah wang tunai RM2000 dan tempat ketiga SMK Mutiara menerima hadiah wang tunai RM1000.
Manakala SMK Lajau dan SMK Labuan masing masing menerima hadiah sagu hati bernilai RM300.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan bersama Ketua Seksyen Pandayaupayaan Pengguna KPDN Labuan, Rogayah Matusin dan Ketua Penolong Setiausaha KPDN Putrajaya, Muslimun Md Yusof.
Pertandingan Sketsa Kepenggunaan merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memupuk kesedaran, menyampaikan infomasi dan kefahaman , serta menyemarakkan aktivisme kepenggunaan dalam kalangan generasi muda dan murid sekolah menengah melalui seni lakonan.



