27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kikis sikap perasaan ‘Malu dan Mudah Putus Asa’ : Jonathan

Para penerima Anugerah bersama guru-guru dan para Jemputan merakam gambar bersama Datuk Jonathan (berdiri belakang enam dari kanan) selepas majlis.

RANAU: Para pelajar sekolah diseru supaya mengikis sikap perasaan ‘Malu dan Mudah Putus Asa’ dalam apa juga situasi sepanjang menimba ilmu dalam aspek pendidikan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, sikap malu dan mudah putus asa amat ‘Merugikan’ dan merupakan punca kegagalan mencapai cita-cita.

“Sebaliknya, apa pun kegagalan yang melanda sepatutnya dijadikan asas serta cabaran untuk majukan diri ke hadapan mencapai impian demi   kecemerlangan diri dan menggembirakan kedua ibu atau keluarga dan juga guru-guru”, jelas Datuk Jonathan ketika berucap pada Majlis Graduasi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020-2021 Pusat Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau, di Dewan Ballroom Perkasa Hotel Kundasang pada Jumaat.

Jonathan yang turut berkongsi pengalaman perit ketika alam persekolahannya, sehinggalah berjaya ke alam Institusi Pengajian Tinggi meskipun telah melalui pelbagai cabaran, namun hasil kegigihan serta kesabarannya selain mendapat nasihat serta dorongan daripada kedua ibu bapa dan rakan-rakan untuk mencapai cita-cita maka akhirnya beliau berjaya mendapat segulung Izajah dan berjaya menjadi seorang Peguam sebelum berkecimpung dalam bidang politik.

“Justeru, apapun rintangan dan cabaran sepanjang hidup kita sebagai seorang penuntut atau pelajar harus mengikis sikap mudah Putus Asa, kecewa dan perasaan malu dalam diri sebaliknya jadikan itu semua sebagai pembakar semangat dan satu motivasi diri untuk terus maju ke hadapan.

“Jangan mudah mengalah dengan pelbagai cabaran yang melanda diri kita, sebaliknya perlu menghadapinya dengan tabah mengikis sikap mudah ‘Putus Asa’ sebagai landasan untuk memajukan diri kita”, tegas Datuk Jonathan, yang seterusnya mengumumkan sumbangan berjumlah RM10 ribu kepada SMK Ranau untuk membantu membiayai program dan aktiviti pelajar Tingkatan Enam (STPM) sekolah berkenaan.

Sempena Majlis Graduasi itu, seramai 65 pelajar Tingkatan Enam STPM 2020-2021 telah menerima Anugerah berupa Sijil yang upacara penyampaiannya telah disempurnakan Datuk Jonathan disaksikan guru-guru Tingkatan 6, SMK Ranau serta para ibu bapa yang hadir.

Turut berucap ialah, Penolong Kanan Tingkatan Enam, Cikgu Jaili Bin Paidi yang mengetengahkan ucapannya menerusi ”Paparan Slide’ berhubung kejayaan dan kecemerlangan pelajar dan sekolah (SMK Ranau) di peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa diikuti ucapan Pengetua SMK Ranau, Jamirin Sahamin mewakili guru-guru SMK.Ranau.

Jamirin ketika ditemui, merakam penghargaan dan  terima kasih atas sumbangan Datuk Jonathan kepada pihak sekolah bagi  membiayai kos aktiviti atau program melibatkan pelajar Tingkatan Enam.

“Peruntukan RM10 ribu itu kelak, akan kami dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menampung kos program Tingkatan Enam termasuk hadiah-hadiah galakan kepada pelajar yang bakal dianjurkan pihak sekolah dan ibu bapa menerusi Persatuan  Ibu Bapa dan Guru (PIBG)”, jelas Jamirin.

             TAMAT
1.Para penerima Anugerah bersama guru-guru dan para Jemputan merakam gambar bersama Datuk Jonathan (berdiri belakang enam dari kanan) selepas majlis.

  1. TAHNIAH….Datuk Jonathan (kiri) menyampaikan  Anugerah berupa Sijil kepada salah seorang penerima.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN