30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kg.Kokob berpotensi menjadi tumpuan pelacong

Jonathan (kiri) bersama Benedict semasa sesi dialog bersama penduduk sempana majlis santai tersebut.

RANAU: Kg.Kokob terletak 7 kilometer dari pekan di sini, berpotensi menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negeri dengan adanya pelbagai tarikan menarik yang diusahakan penduduk kampung berkenaan termasuklah Kawasan Tumbuhan pokok Reflesia bunga terbesar di dunia.

Pengerusi JPKK Kg.Kokob Frenel Tingkui berkata, banyak lagi yang menarik pengunjung di kampung itu termasuk  perusahaan pembuatan Krepek Pisang, kerepek Ubi dan bidang  pertanian seperti padi, nenas dan banyak lagi yang boleh memberi sumber pendapatan kepada penduduk.

“Bagaimanapun ada beberapa kekangan penduduk di sini dan para pengunjung iaitu keadaan jalan raya yang tidak sempurna (rosak) selain bekalan air bersih yang sering terganggu berikutan belum ada penyelanggaraan atau pembaikan  sejak 1976”, jelas Frenel ketika majlis Santai bersamaTimbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin di Balai Raya Kg.Kokob petang tadi (17 Disember).

Frenel mewakili penduduk menyuarakan permohonan kepada kerajaan melalui Datuk Jonathan bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi penduduk.

Menurutnya, bangunan balai raya yang dibina sudah sekian lama juga perlu diganti dengan bangunan Dewan Mini yang ruangnya boleh menempatkan gelanggang Badminton dan kegiatan aktiviti atau program golongan belia.

“Dengan ruang dewan mini yang selesa boleh digunakan penduduk mengadakan seminar atau kursus yang boleh memberi sumber ekonomi penduduk”,tambahnya.

Datuk Jonathan dalam ucapanya, memberi jaminan akan meneliti permohonan projek untuk dipertimbangkan dengan menyediakan peruntukan mengikut keutamaan seperti di kampung lain.

“Kita akan meneliti permohonan projek di kampung ini dan  akan memberi keutamaan kepada projek yang lebih mendesak”, jelas Datuk Jonathan.

Hadir sama pada majlis santai itu ialah, Lajim Abd.Momen (Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Dalam Negeri II), Hussen Jirat Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Dalam Negeri
,Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Benedict Gunda bersama  rombongan daripada Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau dan lebih 30 orang penduduk yang hadir.

Majlis berakhir dengan sesi Dialog bersama penduduk.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN