SIMBOLIK… Muhammad Haziq (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada asnaf sambil diperhatikan Shairon (empat dari kanan) dan Rosmani (bersongkok)
LABUAN: Syarikat Keyfield Offshore menghulurkan sumbangan duit raya dan keperluan asas makanan kepada 40 golongan asnaf kawasan Perumahan Taman Mutiara Perumahan Bedaun dan sekitarnya.
Majlis yang diadakan di Dewan Mutiara Taman Perumahan Bedaun itu disempurnakan oleh Pengurus Eksekutif Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Keyfield Offshore, Muhammad Haziq Bahrudin mewakili Keyfield Group yang baharu sahaja disenaraikan dan diapungkan di Bursa Saham Malaysia.
Muhammad berkata, sumbangan yang menjadi tradisi syarikat Keyfield Offshore itu merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan khususnya ketika menjelang Bulan Ramadan dan hari leberan Syawal.
Hadir sama, Pengurus Operasi Rossa Bumi Enterprise, Shairon Yunus, Pengarah Rossa Bumi Enterprise, Rostina Duli,Ketua Kampung Sungai Bedaun, Rosmani Putih.