27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kesedaran warga Ranau terhadap kepentingan imunisasi vaksin semakin tinggi

Sebahagian orang ramai yang menuggu giliran mendapatkan suntikan.

RANAU: Kesedaran penduduk daerah ini terhadap kepentingan imunisasi vaksin  kini semakin tinggi untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Dalam tempuh 4 hari (31 Julai hingga hari ini
(3 Ogos) seramai 3,019 orang telah menerima suntikan dos pertama  vaksin Covid-19, 3.0 Kebangsaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)  di  Dewan Masyarakat Ranau.

Ramai yang sempat ditemui melahirkan rasa syukur kerana telah dapat  menunaikan tanggungjawab mereka mendapatkan suntikan  dos pertama dan kedua jenis vaksin Pfizer sebagai benteng diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19, yang kini belum berakhir.

Antara mereka yang berkerusi roda hadir menerima suntikan vaksin di PPV Dewan Masyarakat Ranau.

Tidak ketinggalan ialah Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesakit telantar meskipun berkerusi roda namun akur untuk dibawa oleh keluarga masing-masing ke PPV bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan daerah, yang juga Ketua Penyelaras PPV Dewan Masyarakat Ranau, Dr.Edwaider Koimon ketika di temui, menyeru orang ramai yang belum mendapat suntikan vaksin  supaya mendaftar menerusi aplikasi Mysejahtera dan mendapatakan suntikan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

“Lindung Diri, Lindung Semua”, tambah Dr.Edwaider.

                 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN