Datuk Jake (tiga dari kiri)menyampaikan sijil kepaada salah seorang perwakilan MGB yang hadirpix2: Jake (tengah)bersama sebahagian tetamu yang hadir
Oleh: Francis Andin
KENINGAU: Kerjasa padu Warga Pendidik dan Ibubapa mampu menjayakan pendekatan pembelajaran dari rumah (PDPR)sepanjang tempoh sekolah ditutup akibat pendemik Covid19.
Ketua Penyelaras Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) P.180 Keningau Datuk Jake Nointin, berkata dengan adanya semangat kerjasama dan kecekalan serta kesungguhan semua pihak khususnya Guru,Ibubapa dan Murid, program pembelajaran di rumah menggunakan peranti teknologi maklumat dan komunikasi dapat dilaksanakan mengikut ketetapan dan jadual yang telah ditetapkan sekolah.
“ Saya mengucapkan tahniah atas usaha semua pihak warga pendidikan kerana anak-anak kita bukan sahaja dapat meneruskan pembelajaran tetapi juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dlam bidang teknologi gajet yang sebelum ini masih kurang diaplikasikan”katanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam Keluarga Majlis Guru Besar Sabah dekat sini semalam.
Justeru katanya penggunaan alat telekumunikasi dan internet sebagai medium penyampaian pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan ilmu pengetahuan seterusnya mempelbagaikan kaedah dan boleh diaplikasikan sesuai dengan perkembangan bidang pendidikan dalam dunia Globalisasi.
Pada masa sama Jake yakin peranan Guru Besar sebagai pengurus sekolah telah dapat menjayakan pelbagai program yang disediakan oleh kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran dalam usaha memastikan kemanjadian modal insan terutama dalam kejayaan melaksanakan Pentaksiran Bilik darjah yang lebih memberi peluang kepada penilaian menyeluruh terhadap individu murid.
“ Sebagai pemimpin dan juga ibubapa , sudah tentu bangga dengan apa juga program yang terus dilaksanakan sekolah yang diterajui Guru Besar sebagai pengurus sekolah yang cemerlang”katanya.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan , bagi memastikan kemudahan sekolah Menengah dimukim Senagang dapat dilaksanakan, Jake meminta pihak kerajaan dan kementerian agar mempercepatkan pelaksanaan bagi memastian masalah kekurangan dan kemudahan sekolah dimukim itu dapat diatasi, sekaligus mengurangkan beban ibubapa untuk menghangtar anak-anak ke sekolah Menengah di Pekan Keningau dan Tenom.
Sempena majlis itu, Jake menyampaikan sijil watikah perlantikan kepada kepimpinan tertinggi MGB setiap Daerah diseluruh Negeri serta sijil kehadiran perwakolan terdiri Guru Besar yang menjawat sebagai Pengerusi dan Setiausaha MGB Daerah Masing-Masing.
Dalam pada itu, Jake juga menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM4000 , sebagai sokongan dan penghargaan kepada MGB Daerah Keningau yang terus komited menjayakan agenda pendidikan , terutama memastikan prestasi pendidikan sekolah luar Bandar mencapai tahap cemerlang. Cek diterima oleh Pengerusi MGB Keningau Sakim Ibrahim.
Hadir sama Pegawai Pelajaran Daerah Keningau, Masly wajip, Azizul Tumin ,Penolong Pengarah Unit menegah dan Tingakatan 6, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Sabah, Pengerusi MGB Sabah Kasbulah Mangun dan Pengerusi MGB Keningau Sakim Ibrahim.