28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan Terus Pastikan Kemajuan Produksi Beras- Jeffrey

Jeffrey ( tengah) mengagihkan limau kepada pengusaha restoran makanan di Bangunan Fook Yuen.

LUYANG: Kerajaan negeri akan terus memastikan kemajuan produksi pengeluaran beras di seluruh Sabah.


Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan berkata pihaknya akan terus memastikan kemajuan produksi beras berada di tahap yang baik.


“Sebenarnya, Lembaga Padi dan Beras Sabah sudah bergerak dengan sangat aktif dan anggota-anggotanya juga menjadi pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Padi di setiap daerah. 


“Jadi, kami akan memastikan produksi tersebut berjaya,” katanya ketika ditemui media selepas Program Walkaboutdi sekitar Damai Plaza, pada Ahad.


Terdahulu, Jeffrey yang juga  Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan melawat dan mengagihkan kalendar tahun 2025 dan limau simbolik sambutan Tahun Baru Cina kepada para peniaga serta orang awam di beberapa premis perniagaan sekitar Damai Plaza Luyang dan Bangunan Fook Yuen.


“Hari ini kami berjalan di Luyang, Damai Plaza untuk menyantuni rakyat sebelum Tahun Baru Cina yang akan datang. 


“Sambutan begitu hebat sekali dan saya yakin tahun baru 2025 ini akan lebih baik daripada tahun-tahun yang lalu.


“Kita ingin mendekati rakyat supaya memahami siapa kami dan sudah tentunya kalau tiba masanya mereka memerlukan kami, kami bersedia meluangkan waktu untuk mereka.


Program walkabout merupakan program yang diadakan setiap tahun menjelang Tahun Baru Cina  bagi menyemarakkan semangat kesepaduan sosial untuk meningkatkan  hubungan persaudaraan, memupuk perpaduan dan keharmonian sedia terjalin antara pemimpin dengan rakyat pelbagai kaum, agama serta ideologi politik.


Hadir sama, Pengerusi Sabah Air Aviation Sdn. Bhd, Datuk Kenny Chua Teck Ho serta Ketua Bahagian  N.21 Luyang, Leong Kui Fui. -Penerangan- 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN