29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 26, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan Negeri sumbang RM148,700 untuk sambutan Hari Guru 2021

Hajiji penyerahkan replika cek RM148,700 kepada Dr Mistirine sambil diperhatikan oleh Mohd.Arifin dan Haji Safar Untong (kanan).

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak RM148,700 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk sambutan Hari Guru Peringkat Negeri tahun 2021. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menyerahkan sumbangan itu kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Dr Mistirine Binti Radin di Pusat

Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini. Sumbangan yang cukup besar itu sebagai mengenang jasa dan sumbangan guru-guru dan warga pendidikan di Sabah. 

Hajiji menyampaikan sijil anugerah Tokoh Kepimpinan kepada Hajah Maimunah sambil diperhatikan oleh Mohd.Arifin dan Dr.Mistirine.

Hajiji turut menyampai Anugerah Tokoh Kepimpinan sempena Hari Guru Negeri Sabah 2021 kepada Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul. Maimunah,60, merupakan mantan Pengarah Bahagian Profesionalisma Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dan mantan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Salah satu sumbangan Maimunah ialah usaha beliau memperjuangkan Guru Interim Pendidikan Islam di Sabah sehingga berjaya memberi peluang kepada ramai graduan agama di negeri ini. 

Hajiji juga menyampaikan anugerah Tokoh Guru kepada mantan Pengetua Cemerlang (Jusa C) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanzac Kota Kinabalu, Dr.Shirley Tay Siew Hong, 60. Beliau telah berkhidmat selama 31 tahun dalam dunia pendidikan. 

Hajiji menyampaikan anugerah Tokoh Guru kepada Dr.Shirley.

Maimunah menerima kalung loket emas, wang tunai RM3000 sumbangan Bank Islam Malaysia dan sijil penghargaan.

Sementara Dr.Shirley pula menerima kalung loket emas, RM3000 Sijil Simpanan Premium sumbangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan sijil

penghargaan. 

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Khan Bahadar dan Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri, Haji Abidin Bin Marjan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN