27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kerajaan Negeri dan Pusat, diminta tambah fasaliti di kawasan Kundasang, tarik lebih ramai pelancong

RANAU: Timbalan Ketua Wiramuda Star Sabah, Kong Soon Choi (Gambar) mencadangkan agar Kerajaan Negeri dan Pusat menambah fasaliti pelancongan yang terdapat di kawasan Tanah Tinggi Kundasang bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke daerah ini.

Katanya, fasaliti pelancongan dikawasan Tanah Tinggi Kundasang perlu ditambah dengan kemudahan yang lebih moden dan menarik kerana kebanyakan fasaliti yang ada ketika ini sudah mulai usang dan terlalu lama.

“Fasaliti pelancongan yang ada dikawasan Tanah Tinggi Kundasang mungkin agak usang kerana pembinaannya telah melebihi beberapa tahun. Adalah disarankan ianya ditambah baik selain menaiktaraf kemudahan lebih moden dan mempunyai daya tarikan tersendiri agar lebih ramai pelancong yang datang berkunjung kesini kagum melihatnya’’, tegas Kong.

Kong turut menjelaskan, fasaliti pelancongan yang dicadangkan termasuklah mewujudkan sebuah Taman Tema seperti Sanway Lagoon di Selangor, Kereta Kabel, Zoo Mini, Pusat Kajian Ekosistem Tanah Tinggi serta membuka ruang kepada peniaga Café dan Restoran moden seperti Starbuck, Mc-Donald, Pizza Hut dan lain-lain yang berkaitan.

Jelasnya lagi, dengan adanya kemudahan fasaliti seumpama itu maka ia akan memberikan impak ekonomi besar bukan sahaja kepada sektor pelancongan negeri malah meningkatkan pendapatan penduduk setempat kerana peluang pekerjaan akan lebih luas termasuk memberikan pulangan besar kepada para pengusaha Resort dan Homestay disekitar Kundasang.

‘’Struktur bangunan gerai sayur-sayuran dan gerai menjual makanan tempatan juga perlu dinaik taraf dan diseragamkan mengikut ukiran yang menarik agar wujud suatu keunikan lebih ketara. Majoriti peniaga di gerai sayur merupakan penduduk tempatan dari etnik Dusun, jika ada kreativiti mengukir reka bentuk gerai sesuai dengan etnik masyarakat Dusun, ia nampak lebih menarik’’, jelasnya ketika ditemui pada Rabu.

Dalam masa sama, Kong yang juga Ahli Majlis Daerah Ranau (AMDR) menasihatkan semua pihak yang berkunjung atau berniaga dikawasan Tanah Tinggi itu sentiasa menanam sikap bertanggungjawab dan tidak membuang sampah merata tempat bagi mengekalkan keindahan kawasan pelancongan terkemuka di negeri Sabah ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN