28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Keprihatinan, usaha berterusan MP Ranau,  dihargai rakyat akar umbi

WKAN, Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi-pemgerusi JPKK Mukim Timbua sempat merakam gambar bersama Datuk Jonathan (dudu depan empat kanan).

RANAU: Usaha dan keprihatinan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin dalam menyantuni rakyat terkesan pandemik Covid-19  dengan.memberi sumbangan berupa Barang Makanan (BarMa)  dan mendapatkan dana daripada kerajaan pusat untuk projek pembangunan  amat disanjung tinggi dan dihargai rakyat akar umbi kawasan Parlimen Ranau.

Beberapa Ketua Anak Negeri (KAN), Ketua Kampung (Pemegang Adat) dan Pengerusi JPKK yang ditemui, meluahkan perasaan bangga mereka kerana mempunyai pemimpin (wakil rakyat) yang cukup prihatin merangkumi inisiatifnya menyantuni  Keluarga Isi Rumah (KIR) dengan memberi sumbangan derma seikhlas hati kepada kelurga yang terlibat.

Ketua Anak Negeri (KAN), Jumidi Sayap dari Mukim Timbua, KK.Saimon Kompol dari Kg.Poropot dan KK.Mintek Bin  Balat dari Kg.Kilanas Ulu Sugut, masing-masing melahirkan perasaan gembira terhadap sumbangan  Datuk Jonathan dalam menyalurkan bantuan  mampu meringankan masalah yang dihadapi rakyat jelata dikawsan P.179 Ranau.

Menurut mereka, keikhlasan Datuk Jonathan menziarahi keluarga yang kehilangan anggota  keluarga (meninggal dunia) dan ditimpa bencana seperti kebakaran bagunan rumah  kediaman mendapat pujian dan  ucapan penghargaan terima kasih kepada  Datuk Jonsthan kerana hadir  tanpa mengira waktu, agama, suku kaum dan idologi politik sambil memberi sumbangan derma se ikhlas hati kepada keluarga terbabit.

“Kita amat berterima kasih kepada
Datuk Jonathan kerana satu-satunya pemimpin yang sanggup membiayai kos rawatan perubatan  (yang ditahan di hospital) kepada rakyatnya (kawsan P.179 Ranau), patut dicontohi pemimpin yang  lain”, tambah KAN Jumidi ketika ditemui semasa Majlis Santai Pemimpin Bersama Rakyat di kawasan Jelapang Padi di Kg.Timbua Ranau baru-baru ini.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN