27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Februari 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KEPIMPINAN ORGANISASI SEKOLAH BERKUALITI JANA KEJAYAAN LANDSKAP BARU PENDIDIKAN

Puan Indang (duduk tengah) bersama pegawai PGBM dan sebahagian perwakilan PGBM yang hadir.

TAWAU: Kepimpinan organisasi sekolah yang berkualiti dalam kalangan Guru Besar menjadi pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan Landskap Baru Pendidikan Jabatan Pelajaran Sabah.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan sekolah Puan Indang Kasi Haji Sibin, berkata kejayaan pengurus sekolah dalam mengurus setiap sumber kekuatan yang ada di sekolah, akan menjana kepada pencapaian dan kejayaan dalam usaha merealisasikam 7 Deklarasi yang mengandungi 9 fokus startegik dalam landskap baru pendidikan JPN Sabah.

Katanya, Ini termasuklah fokus mengurangkan kes tindakan tata tertib , sekolah daif dan mensifarkan murid pemulihan di tahun 6. Justeru katanya Segalanya mesti di mulakan sejak dari pra sekolah dalam mengatasi murid tidak menguasai 3M di peringkat sekolah rendah seterusnya membekalkan murid yang berkualiti diperingkat sekolah menengah.

” Sekolah perlu seiring dengan Perancangan Strategi Organisasi JPN,PPD dan ambil tahu dan faham bagi menggunakan pelbagai pendekatan untuk mencapai sasaran setiap fokus dan deklarasi yang telah di tetapkan’ katanya ketika berucap dalam program perkongsian kepimpinan pengurusan sekolah berkesan , sempena majlis perasmian penangguhan Mesyuarat Kepimpinan Exco Persatuan Guru Besar PGBM Sabah , kali ke 2 bagi tahun 2023/25 dekat sini.

Sementara itu, Pengerusi PGBM Sabah, Nordin Mohd Taib berkata kepimpinan PGBM akan terus mengemblingkan tenaga dan usaha untuk menyahut cabaran pendidikan dalam menjayakan setiap fokus dan deklarasi dengan penuh komitmen sebagai pengurus sekolah berwibawa.

Nordin (kiri) menyampaikan cenderkenangan kepada Puan Hajah Nurani Derin.

Katanya Guru Besar adalah pemegang taruh untuk melaksanakan amanah bersama warga sekolah seterusnya mengangkat martabat pendidikan khususnya melahirkan pemimpin pelapis yang berpandangan jauh sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan yang memerlukan pemimpin.yamg sentiasa melontarkan idea bernas, kreatif,kritis dan berinovasi dalam kepimpinan.

” Saya yakin, melalui perkongsian pintar, pengalaman serta kesungguhan melaksanakan tugas, apa juga yang digariskan dalam deklarasi pendidikan akan dapat menjana kejayaan dan memberi impak tinggi kepada modal insan yang bersiap sedia menghadapi era glibalisasi dan peluang tenaga mahir yang di perlukan negara”katanya.

Mesyuarat Kepimpinan kali ini dihadiri lebih 70 perwakilan terdiri dari Pengerusi, Proksi, Setiausaha dan Bendahari PGBM Sabah yang turut meluluskan beberapa perancangan jalinan dan jaringan peringkat antarabangsa, konvensyen PGBM yang julungkalinya dijangka menghimpunkan lebih 1000 orang Guru Besar dalam sebagai usaha memartabatkan lagi profesion kepimpinan sekolah.

Program dimanfaatkan lagi dengan perkongsian profesional Our Broad Perpestive oleh Puan Hajah Nurani Fauziah binti Derin, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, SPB , JPN Ibnu Haji Jaani.

Majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian insentif bagi PGBM Daerah yang menjayakan program jualan Yakut di sekolah sebagai penghargaan atas usaha bagi membantu dana program dan sumbangan kebajikan warga PGBM daerah masing-masing. – Oleh: Francis Andin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN