25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 5, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Kempen Derma Darah Perdana 2.0 pada 11 Jun ini: Rafie

Rafie(dua dari kanan)ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.

KENINGAU:Kempen Derma Darah Perdana 2.0 bakal diadakan pada 11 Jun ini bersamaan hari Sabtu sempena Sambutan Hari Derma Darah Sedunia.

Pengerusi penganjurnya, Rafie Robert berkata, kempen itu akan berlangsung bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di Tapak Pasar Malam Keningau.

Katanya, pelbagai hadiah dan cenderahati istimewa akan bakal disampaikan kepada para penderma yang hadir menderma darah pada program berkenaan.

“Pada program ini juga terdapat beberapa agensi kerajaan seperti Pusat Kraftangan Sabah, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pejabat Kesihatan dan banyak lagi akan menyertai dengan mengadakan pelbagai program masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penganjur Kempen Derma Darah Perdana 2.0, di sini baru-baru ini.

Beliau turut berharap agar orang ramai dapat hadir menderma darah pada program berkenaan untuk membantu mereka yang memerlukan bekalan darah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN