27.7 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kelab Staf Kolej KV Keningau dapat sumbangan dana daripada ADUN Bingkor

KENINGAU: Kelab Staf Kolej Vokasional (KV)Keningau mendapat sumbangan dana daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Menurut Ketua Kelab Staf KV Amirul Ahuar sumbangan tersebut adalah untuk membiayai program 4 dalam 1 iaitu Jamuan Tahunan, meraihkan pesaraan pensyarah yang bersara, majlis perpisahan pensyarah yang berpindah dan Majlis penghargaan kepada pensyarah yang menerima surat kenaikan pangkat.

“Program tersebut akan diadakan awal bulan Mac ini” katanya selepas menerima sumbangan itu.

Beliau juga merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya atas sumbangan tersebut.

Katanya, sumbangan tersebut amat besar ertinya kepada ahli-ahli kelab yang sudah tentu dapat meringankan pengurusan program yang akan dianjurkan nanti.

Turut bersama semasa Robert menyampaikan sumbangan tersebut, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Kolej Vokasional Keningau Menuel Siah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN