33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kelab SAS Cycling  Labuan  berjaya lahirkan atlet berbasikal

PASUKAN  Kelab SAS Cycling Labuan yang menduduki tempat ketujuh menerima hadiah daripada Pengarah Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam, Dk Umi Kalthum Haji Abd. Karim.

LABUAN: Kelab SAS Cycling Labuan  yang berupaya menghantar ahlinya untuk menyertai beberapa siri pertandingan    basikal di luar Labuan telah mencapai kejayaan yang membanggakan.

Ini terserlah  apabila kelab tersebut telah berjaya mengahasilkan beberapa  atlet lumba basikal Labuan antaranya Zulhaiqal Hakimi yang kini akan mewakili pasukan basikal Teranganu ke SUKMA 2024 di Sarawak.

Pengerusi Kalab SAS Cycling Labuan, Tarmiji Wahab, berkata seorang lagi atlet muda berbasikal Labuan yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi dan mencabar ialah Muhamad Izz Zikry.

Katanya, sebelum ini Muhammad Izz Zikry  pernah menjuarai acara kerin Junior Cycling Malaysia 2022 ketika mewakili pasukan  MSN Terangganu.

Selain itu katanya, beberapa pelumba  kelab SAS Cycling Labuan juga   pernah menjuarai beberapa siri kejohanan yang dianjurkan di peringkat Labuan antara menjuarai Labuan Team Time Trail (LTTT) kategori veteran menerusi Adzi Manan sempena Hari Wilayah.

“Kelab SAS Cycling Labuan yang ditubuhkan sejak setahun lalu berusaha melahirkan lebih ramai atlet berbasikal muda Labuan untuk di ketengahkan di peringkat lebih tinggi menerusi beberapa siri kejohanan yang kami sertai” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui  selepas menyertai Pertandingan jemputan KAKA Team Time Attack 2023 anjuran KAKA Cycling Club Brunei Darussalam baru baru ini.

Tarmiji  berkata, pada pertandingan itu Kelab SAS Cycling Labuan  telah menghantar dua pasukan   yang kedua-duanya berjaya menduduki tangga ke tujuh  dan ke lapan daipada 20 pasukan yang mengambil bahagian.

Pada pertandingan  itu katanya,  pasukan SAS Cycling yang diwakili  pelumba Razzawandy Razak,  Rolehan Rosly,  Adzi Manan,  Zulkifli Hussien  dan Nor Akmal  Danial Abdul Latif menduduki tempat ketujuh selepas mencatatkan masa terpantas  1:50:52 saat  untuk memnerima hadiah wang tunai Brunei Dollar 400.

Manakala pelumba yang menduduki tangga ke lapan yang diwakili Aiman Hakim Junaidi,  Yusof Sudin, Mohd Faizul  Kamarulzaman, Adi Japar dan Farih Ramadan menerima hadiah wang tunai Brnei Dollar 300.

“Kami juga telah merancang untuk menyertai  Kejohanan  Kuala Baram Road Race  sejauh 150km yang akan diadakan pada bulan Julai ini di  Miri Sarawak” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN