Oleh : ADUKA JASNIN SUMAN
RANAU: Hospital Ranau menerima sumbangan sebanyak lima buah kerusi roda daripada Kelab Lions Ranau (Lions Club of Ranau) sempena lawatan amal kelab berkenaan di hospital itu hari ini (Khamis).

Sumbangan disampaikan presidennya, Nicholas Tan kepada Pengarah Hospital Ranau, Dr.Andi Mohamad Shahmureezal dalam satu acara ringkas yang berlangsung hospital itu.

Selain kerusi roda, kelab itu turut mengagihkan sumbangan 100 buah bungkusan (hamper) makanan sempena perayaan Hari Natal kepada pesakit yang terlantar di wad dan juga kakitangan hospital yang sedang bertugas.

Turut sama dalam rombongan kelab yang diketuai Nicholas pada lawatan amal itu ialah Datin Wendy Sen, Dr Tracy Ina Mopilin, Nancy Lim, Nora Darampin, Chea Hoong Tak, Jackson Siga dan Shabli Jangol.
Menurut jurucakap yang mewakili kelab, Dr.Tracy, sepatutnya rombongan itu turut disertai beberapa ahli Lions Club dari Kota Kinabalu tetapi tidak sempat bersama-sama atas faktor cuaca hujan.

“VGD Roland Chieng yang telah menyumbang RM500 untuk program ini sepatutnya juga hadir, tetapi kami difahamkan beliau tersekat dalam kesesakan jalanraya di laluan alternatif di Jalan Kundasang-Ranau.-end-
