32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mac 29, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kelab Belia Meridi serah Geran Intensif Perniagaan kepada belia kampung

Gambar atas- KK. Bungkal (tengah) menyerahkan Geran Intensif Perniagaan kepada salah seorang belia Kg. Meridi, diperhatikan Fadzwan.

RANAU: Kelab Belia Meridi,mengadakan Program Penyerahan Geran Intensif Perniagaan kepada belia-beliawanis, di sini baru-baru ini.

Penyerahan dilakukan pengerusi kelab, Fadzwan Bin Ali, bersama Ketua Kampung, Kg. Meridi, KK Bungkal Bin Saliun.

Menurut Fadzwan, penyerahan Geran Intensif Perniagaan yang diadakan itu merupakan fasa ke-4 kepada Belia-beliawanis yang berminat dan berkelayakan sahaja.

Geran intensif itu katanya, diperkenalkan bagi membantu belia-belawanis Kg. Meridi, dalam memulakan perniagaan mereka dan memberikan sokongan moral kepada yang berminat atau sedang berusaha dalam bidang perniagaan untuk memajukan diri dan keluarga
selaras dengan salah satu teras Kelab Belia Meridi iaitu ‘Agribisness Competation’ bagi menggalakkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan belia terhadap perniagaan disamping melahirkan ikon belia dalam bidang keusahawanan pada masa akan datang.

Antara kreteria yang diberikan perhatian adalah mereka yang sudah memulakan perniagaan sekurang-kurangnya tiga bulan dari tarikh permohonan, belum mempunyai premis atau gerai sendiri, mempunyai produk perkhidmatan seperti menjual makanan dan minuman, menjahit kasut/selipar dan menjual sayur-sayuran.

Salah seorang lagi beliawanis menerima Geran tersebut disampaikan KK. Bungkal bersama Fadzwan.

“Saya berasa bangga dengan sambutan yang begitu menggalakkan daripada belia-beliawanis Kg. Meridi dan Tahniah kepada mereka yang berjaya memohon geran intensif ini.

“Semoga dengan adanya program seperti ini, belia-belawanis di Kg. Meridi lebih bersemangat, berminat dan berjaya dalam perniagaan sebagai rekod program teras yang telah memberikan manfaat kepada 25 orang belia-beliawanis yang menerima RM200 setiap seorang daripada geran tersebut di Kampung ini sejak tahun lepas 2020”, jelasnya.

Beliau merakam setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin atas keprihatinan beliau yang telah menyumbangkan RM5 ribu kepada kelab belia Meridi pada tahun lepas.

Fadzwan mengharapkan agar sumbangan Datuk Jonathan dan inisiatif kelab itu mampu menyuntik semangat Belia Meridi untuk terus berusaha dalam bidang perniagaan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN